Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Friday, November 5, 2010

Trip Lawas Kuching

 
(makan di e-mart Miri)
(rumah abang cikgu Nooraini di Miri)

Hari ini 05 Nov 2010,tayar Innova ku bergolek jam 0220 pm dari Ulu Merapok.Cikgu Noraini & 2 anaknya ikut kami.Misi khusus untuk 'menawan' Sarawak,meneroka dari hujung ke hujung. Singgah Lawas jap amik usin,beli souvenier sikit & jumpa Peg Agama Daerah Lawas maklum x dapat commit ceramah Korban yang dijadualkan pada 11 & 12 Nov 2010.Anak-anakku kelihatan amat excited & Fikri asyik tanya bila nak sampai Kuching.Perjalanan ke Miri mengambil masa 5 jam.Tidur di rumah Abang Cikgu Noraini.Cantik rumahnya.Esok sambung perjalanan Miri - Kuching 12 jam...bersambung.

 (singgah di Petronas,isi minyak & beli makanan ringan)

 (rumah mama cikgu Nooraini di Kuching)
Hari ini 06 Nov 2010.Tiba dirumah bapa mama cikgu Nooraini hampir jam 0900 pm..puuhhhh letih betul.perjalanan Miri - Kuching mengambil masa 14 jam termasuk berhenti makan & keperluan lain. Puas hati kerana dapat melihat & menjelajah setiap bahagian dalam Sarawak.Kesian Innova,mungkin lenguh segala tulang temulangnya, nanti nak kena servis lah lepas trip nie....bersambung.

Hari ini 07 Nov 2010,walaupun masih letih,pagi-pagi lagi kami & family cikgu Nooraini bertamu ke Tamu Serikin,sempadan Indon.Banyaklah barang murah kat situ.Banyak juga habis usin beli buah tangan Kuching.Tengahari balik,rehat  & makan ,sedap tul masakan mama cikgu Nooraini....Makasih banyak2...


Hari nie 08 Nov 2010,selepas sarapan pagi yang menyelerakan,kami bergerak ziarah Ust Nazli (kawan lama) di SM Sains Matang,Jalan Batu Kawa.Isteri beliau berniaga makanan (nasi kerabu,nasi dagang,laksam,nasi lemak) di sana.Bissnes mereka nampak lancar.Syabas.

  

Hari ini 09 Nov 2010,bergerak dari rumah Ust Nazli ke bandaraya Kuching,main redah je sebab x kenal jalannya,malam sebelumnya ketemu jugak dengan water front,Parkson,tugu kucing,kedai buku Popular & sempat beli selipar untuk anak-anak.jam 11 am sampai kat rumah mama cikgu Nooraini,diaorang semua ziarah saudara yang baru kematian anak lelaki.Tengahari Pah & Cikgu Nooraini bawa Piki & Ipan rehersal tarian di Dewan Masyarakat Kuching,aku jaga Acun sebab badannya panas.Along angah main-main sama Iman dirumah saja.Masa ni Kuching hujan agak lebat pada waktu petang.Mama Cikgu Nooraini plak masak sayur keladi + ikan terubuk panggang...fuuuh baunya melaparkan perut tuulll.... 


4 comments:

Anonymous said...

woowww, sakan bejalan..beshnyo....
~c'T

Hj Awg Hamat & Hjh Rashidah said...

c'nah
x woh tnge ko untie2 di kg etk ko?

Hj Awg Hamat & Hjh Rashidah said...

c'nah
x woh tnge ko untie2 di kg etk ko?

Anonymous said...

Hey i am suuper boy