Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Tuesday, August 13, 2013

KEBAHAGIAAN MILIK KITA BERSAMA

Tips Kebahagiaan Anak dari Prof. Dr. Muhaya
    ====================================

    Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.
    Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah.
    Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2.
    Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa
    tip yang boleh kongsi bersama.

    1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah.
    Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya
    kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..",
    mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak
    yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga
    anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya,
    memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah
    untuk menjaganya.

    2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama
    anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini
    makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan
    Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

    3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita
    solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat
    Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia
    akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat
    sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu
    solat hajat untuknya.

    4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang
    menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia
    tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

    5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita
    tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil
    bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

    6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat
    melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak
    lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

    7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali
    ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku
    juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk
    Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita
    marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat
    macam dramapun boleh .

    8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat
    keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan
    Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan
    sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan
    kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

    9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi,
    hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang
    mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang
    cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

    10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak
    ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia
    faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya
    juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi
    ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada
    Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat
    kepada Allah selalu.

ILMU KEIBUBAPAAN....MUST READ!

~TIPS IBU BAPA GENIUS~

    1. Jangan pukul anak dari lutut ke atas.

    2. Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan
    tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti
    anak jadi bertambah degil dan nakal dan ...tak boleh control.

    3. Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada
    kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

    Sabda Rasulullah SAW

    “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun.
    Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak
    apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat.
    Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah
    pukullah dia (sebagai pengajaran)”

    4. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama
    panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan
    merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik
    adalah digalakkan).

    5. Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak
    yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat
    daripada anak yang jarang dipeluk).

    6. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini
    akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan
    persekitaran).

    7. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah
    pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman
    untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

    8. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan
    sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak
    yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin
    mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

    9. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan
    keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak
    terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

    10. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan
    mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

    11. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda
    dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk
    bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

    12. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

    13. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan
    diri. Mereka akan menirunya.

    14. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut
    harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya
    murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2
    yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai
    orang lain).

    15. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali
    pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka
    lebih daripada sekali.

    16. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah
    tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu
    akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami
    isteri.

    17. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah
    begitu real dalam dunia mereka.

    18. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa
    yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan
    daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak.
    Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

    19. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat
    malam,

    20. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna.
    Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

    21. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak
    akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada
    keluarga.

    22. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala
    cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua
    puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah
    mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak
    mereka sendiri   

5 HERO....1 BUNGA

ANAK SAUDARA....5 HERO


Anak saudara kami 6 orang semuanya. 5 lelaki and only one....girl. They are,Muhamad Hasan Al Basri b Supian, Hasan Fahmi b Supian, Hasan Fikri b Supian, Hasan Nasrullah b Supian, Hasan Najmi b Supian dan our flower, Maryam El Zahra bt Md Salahudin.

Tadaaaa....inilah mereka semua. Hasan Najmi yang tiada dalam gambar ni. Yang ke-2 dari kanan tu adalah saudara dua pupu mereka, Nur Amin (teman baik merangkap rakan karib merangkap teman sepermainan bila berada di kampung).

Inilah si kecil.... Hasan Najmi 


Berdua bersama semasa Hari Raya Aidilfitr 2013, Hasan Najmi dan Maryam El Zahra


Thursday, August 1, 2013

Candid Julai 2013

 Fikri semasa tazkirah Ramadhan 2013 di Surau SKBR
 
 Acun,Piki & Along 'bakar-bakar' sate lah kononnya di rumah Kg Sempam Baru.Kami duk situ tak lama kena banjir,paksa pindah ke Kg Melayu Simpang Kallang mulai Julai 2013.
 Lepak dengan anak-anak di Old Town Bentong.Depa seronok.
 
Ami & bapa saudara & sepupunya di rumah Tok Ki semasa persiapan kahwin Pok Mat 2013.