Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Friday, November 26, 2010

Konvo OUM Nov 2010




23 November 2010 merupakan hari yang bertuah & bersejarah buat diriku...bisa dikenang sepanjang hayat. Amat manis & amat bersyukur kepada-Nya.Tiga tahun setengah berulang alik dari Lawas ke Kota Kinabalu untuk menghadiri kuliah,menyiapkan 'assignment',peperiksaan serta 'commit' dengan bacaan berkaitan masih terasa baru dan segar.Kepayahan & kesulitan dalam tempoh itu amat menyesakkan. Segalanya masih terasa.Syukur & segala puji-pujian buat-Nya atas anugerah kejayaan ini.Juga keampunan kiranya dalam tempoh tersebut pernah ada dosa & noda.

Makanya aku dedikasikan sekelumit kejayaan ini buat insan-insan yang amat bermakna bagi diriku:
  • Kedua orang tuaku yang tidak jemu-jemu berbudi & mendoakan kejayaan ku.
  • Isteriku Sharifah Abas yang amat memahami & bertolak ansur dalam semua hal
  • Anak-anakku yang baik & 'nakal'.
  • Adik beradik yang menjadi sumber kekuatan & semangat ku
  • Para tutor & pensyarah yang amat komited & membantu
Catatan ini diakhiri dengan seruan kepada semua pelawat web ini khususnya anak-anak abi agar janganlah kalian jemu untuk menuntut ilmu.Usahakanlah agar dirimu ikhlas semata-mata kerana-Nya moga ianya menjadi wasilah untuk meraih keredhaan-Nya.Wasalam.

1 comment:

Anonymous said...

alhamdulillah...
xsabar nk sambung blaja lg. jom wt master...
~c'Tie