Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Saturday, January 8, 2011

Catatan Kelahiran Hasan V





Jumaat 07-01-2011 jam 12 pm,ummi 'pecah ketuban' setelah over due 02-01-2011.Kami berdua bergegas ke Hospital Raub.Mujurlah Cik Ti,Cik Nah & Kak Ngah ada untuk melihat anak-anak kami di rumah.Hospital Raub besar,baru & cantik tapi sayang modal insannya belum mencukupi.Selepas 24 jam ummi terpaksa dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Syah,Temerloh (2 jam perjalanan) kerana bimbang keselamatan bayi,bahkan ummi yang berkeras untuk segera ke Temerloh.Abi kagum dengan semangat kental ummi mempertaruh nyawa demi anak dalam kandungan.Jesteru bagaimana tergamak manusia membuang anak kandungnya seperti sampah jijik sesuka hati.

Sampai di Temerloh jam 0130 am,ummi segera diperiksa dan dimasukkan ke wad Kenanga 3 aras 5.Tak lama ummi dimasukkan pula ke wad bersalin.Abi menemani ummi.Hanya mampu melihat kesakitan ummi diperbaringan.Umi sekali sekala menarik nafas panjang berbantukan oksigen menahan sakit sambil mulutnya kumat kamit membaca doa Nabi Adam.Saat itu jam menunjukkan pukul 0500 am lebih.Nurse & doktor ulang alik meninjau keadaan.Hampir Subuh Doktor bagitau abi yang ummi terpaksa dibedah kerana belum 'buka jalan'.Doktor bimbangkan jantung bayi yang tidak dapat bertahan lama.Abi bersetuju dan segera menandatangani borang kebenaran bedah.Kesian ummi.

Selepas solat Subuh abi bergegas ke aras 3,menunggu di ruang bedah.Jantung abi berdegup kencang.Hampir jam 0800 am barulah umi keluar,kelihatan umi amat lemah dan di bawa ke wad Kenanga 2 aras 5.Umi muntah-muntah manakala matanya tak buka pun.Barangkali lemah yang amat.Kesian umi.

Abi bergegas turun ke aras 3 untuk melihat baby hasan.Security & nurse disini amat peramah & memberikan kerjasama yang baik.Nurse agak mengambil masa mencari baby Hasan sebab ramai sangat baby kat sini. Akhirnya abi dapat melihat baby Hasan.Comel sangat.Abi azankan perlahan-lahan.Baby hasan nampak ok bahkan ceria.Tak menangis walaupun tangan dan hidungnya berwayar.Setelah bercakap seketika dengan nurse & berpuas hati dengan keadaan baby,abi bergegas pula ke kereta mengambil kotak ubatan umi.ingat nak jumpa umi lagi sekali tapi security tak bagi sebab ada doktor pakar sedang memeriksa.Tak pe lah nati jam 12 pm baru abi jumpa umi lagi.Adik beradik,keluarga & kawan-kawan dari sarawak tak putus-putus mesej bertanya khabar.Terima kasih semua.

Akhir kalam,kalau lah anak-anak abi besar nanti dan baca entri ini,ketahuilah bahawa ummi kamu amat besar jasa baktinya kepada kamu semua.Tak kan dapat kamu balas sekalipun dengan dunia & isinya,bahkan tidak akan setara pun dengan satu kali hembusan nafas ummi menahan sakit tatkala melahirkan kalian. Semoga kalian menjadi anak yang soleh.