Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Wednesday, December 21, 2011

SELAMAT TINGGAL 2011


Tuesday, December 20, 2011

WANITA TIDAK SEMESTINYA MEMERLUKAN LELAKI DALAM HIDUPNYA....

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.
Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.
Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.
Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah...

AYAH TERHEBAT...WE LOVE U ABAH

Ayah..

Ayah akan melupakan apa yang dia inginkan, supaya dapat memberikan apa yang kamu perlukan…. .
Ayah membelikanmu lolipop yang kamu inginkan, dan dia akan menghabiskannya kalau kamu tidak suka…..
Ayah menghentikan apa sahaja yang sedang di kerjakannya, walaupun kamu hanya ingin berbual…
Ayah selalu berfikir dan bekerja keras untuk membayar yuran mu setiap semester, meskipun kamu tidak pernah membantunya menghitung berapa banyak kedutan di dahinya…


Ayah akan berkata “tanyakan pada ibumu” ketika dia ingin berkata “tidak”.
Ayah tidak pernah marah, tetapi mukanya akan sangat merah padam ketika anaknya menginap di rumah rakan tanpa izin
Perasaan terbaik bagi seorang ayah adalah ketika dia melihatmu melakukan sesuatu seperti gaya caranya….
Ayah lebih bangga melihat prestasi mu, daripada prestasinya sendiri….
Ayah hanya akan bersalam dengan mu ketika pertama kali kamu pergi merantau meningalkan rumah, kerana kalau dia memeluk mu, mungkin dia tidak akan pernah dapat melepaskannya.



Ayah tidak suka menitiskan air mata ….

ketika kamu lahir dan dia mendengar kamu menangis untuk pertama kalinya, dia sangat gembira sehingga hampir keluar air dari matanya. Ketika kamu masih kecil, dia akan memelukmu untuk mengusir rasa takut mu…ketika kau mimpi akan dibunuh hantu…

Tetapi, ayah akan tidak dapat tidur sepanjang malam, ketika anak kesayangannya diperantauan tidak memberi khabar selama hampir satu bulan.

Kalau tidak salah ayah pernah berkata : “kalau kau ingin mendapatkan pedang yang tajam dan berkualiti tinggi, janganlah mencarinya di pasar, tetapi datang dan pesanlah secara langsung pada tukang besinya. Begitu pun juga dengan cinta dan teman dalam hidupmu, jika kau ingin mendapatkan cinta sejati mu kelak, maka minta dan pesanlah pada Yang Menciptakannya”

Untuk masa depan anak lelakinya Ayah berpesan: “jadilah lebih kuat dan tabah daripadaku, pilihlah ibu untuk anak-anakmu kelak wanita yang lebih baik dari ibumu , berikan yang lebih baik untuk menantu dan cucu-cucuku, daripada apa yang yang telah ku beri padamu”

Dan untuk masa depan anak gadisnya ayah berpesan: “jangan kecewa meskipun kamu seorang wanita, selalulah menjadi bidadari kecilku dan bidadari terbaik untuk ayah anak-anakmu kelak! lelaki yang lebih dapat melindungimu melebihi perlindungan ayah, tetapi jangan pernah kamu gantikan posisi ayah di hatimu”

Ayah dapat membuat mu percaya diri… kerana dia percaya kepada mu… 
Ayah tidak mencuba menjadi yang terbaik, tetapi dia hanya mencuba melakukan yang terbaik…. 
Dan terpenting adalah… Ayah tidak pernah menghalang mu untuk mencintai Tuhan, bahkan dia akan membentangkan seribu jalan agar kau dapat menggapai cintaNya, kerana dia pun mencintaimu kerana cintaNya.

Sumber: akuislam.com

JODOH DI TANGAN ALLAH S.W.T

JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" :: 

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil 


ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia 

akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi 


ia masih hidup. 

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia 



mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu 


meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, &


 mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya &



 janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia 


retak...tentu sukar untuk kamu menampalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika 


kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat digunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu 



mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia


 biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk 


menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu 


MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan



 - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin 


mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu


 akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN 



kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba 


MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu 


akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan 


MENYESAL...!! 

Monday, December 19, 2011

MAJLIS RAJA SEHARI - 11.12.11


HASAN NAJMI 2011

Saksikan Aksi2 hebat from HASAN NAJMI.... Semoga Anda Terhibur. Jangan lupo komen ek
Kubang Batang Next's Top Models, 2011 Slideshow: Suhaila’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Kampong Kubang Batang (near Kota Bharu, Kelantan) was created by TripAdvisor. See another Kota Bharu slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

Sunday, October 16, 2011

Lagi....pasal pelamin

Bunga kt atas lebat je..background pun gantung manik panjang jah.

 Tengok bunga di kiri dan kanan n bunga kt atas

bunga + pasu plastik.....tengok gk bunga kt depan bawah.:)

pasu panjang + lampu kt bawah

Saturday, September 24, 2011

my test kreativiti......Homemade Chocolate... ( 1st Trial )...

x menarik colour


Sunday, September 18, 2011




Seketika meyantuni suku kaum Asli di Raub memberikan banyak pengajaran.Betul lah kalau kita tak turun padang,tak turun lapangan,kita akan menyangka bahawa dunia ini sangat aman.Tak de orang yang susah. Kita lagi tak susah,maklumlah kereta ada dua buah paling kurang,banglo sebuah,gaji pun besar,anak bertambah-tambah,kawan juga ramai,makanan tak pernah berkurang,apa lagi?

Bersolat Maghrib dan Isyak bersama mereka melucukan,tetapi rasa lucu itu tak lama apabila rasa bersalah bersarang dalam minda ini.Kecewa dengan sikap umat Islam 'senior' yang tega membiarkan kaum Asli seagama kekal amatur dalam ilmu agama khususnya solat.Namun terlebih penting kita sebagai 'senior' wajib membimbing mereka ilmu paling asas yakni ilmu tauhid.Pastikan mereka betul-betul mengenal Allah.Tauhid diperkemaskan kemudian ilmu syariat.

Merangka-rangka program yang sesuai mesti.Insyalah wahai saudaraku kaum Asli kami akan bertamu ke wilayah saudara suatu masa nanti.Doakan agar Allah mempermudahkan usaha ini.

Friday, September 16, 2011

Catatan Ummu Hasan



Keberadaan ummu hasan di SK Satak,majoriti kaum Asli non muslim tidak membantutkan aktiviti yang baik khusus kepada yang muslim.Bahkan yang non muslim juga ikut menerima limpahan berkat daripada program-program sebegini.Insyalah dengan nawaitu yang ikhlas natijahnya adalah positif.Semoga SK Satak akan terus melaksanakan pelbagai aktiviti lagi pada masa hadapan.

Friday, September 2, 2011

Aku & Raub 2011




 Gambar di atas tu menunjukkan rupa paras anak-anak didik ku di SJK(c) Sang Lee.Enjoy bersama mereka,tetapi aku tak banyak pilihan apabila memohon pertukaran ke sekolah lain akibat tuntutan peribadi & keperluan keluarga sendiri.Hopefully guru baru nanti lebih baik dari ku.


Memenuhi tanggungjawab sebagai 'ustaz' bertandang ke SK Satak sempena Israk wal Mikraj.Hee3 sempat jugak Fikri menerima hadiah dari ku.Moga ada khairnya insyalllah.

Raub 2011

 K'Pah dengan teman guru di SK Satak
Along,angah,piki & acun main basikal air kat tasik,Raub 
 Piki & his friends in Satak
 Sukan di Satak

Wajah-wajah Hasan Najmi Raya 2011






Tuesday, August 16, 2011

Catatan 16 Ramadhan/16 Ogos 2011

Esok Nuzul Al Quran.Pagi tadi ceramah Nuzul Quran di SK Satak.Petang ni urus makanan untuk berbuka puasa merangkap pengacara majlis untuk sebuah perkumpulan pemuda harapan agama.Program ini dijangka bawa sampai ke malam.Tadi jumpa dengan Imam Masjid Sempam,dia bawa berbincang mengenai projek Karnival Nasyid & Jom Ke Masjid peringkat Daerah Raub.Catatan ini sekadar menyatakan kesenangan hati kerana Allah mengizinkan diri ini menumpang sekelumit usaha-usaha ke arah kebaikan bersempena Ramadhan yang berkat ini.Aku sering mencemburui teman-teman lain yang rutin mereka sibuk dengan urusan dakwah,urusan membina generasi beragama.Tahniah dan syabas pada mereka.Manakala aku masih bertatih-tatih menyediakan diri ke arah itu. Bukankah kita semua perlu meninggalkan legasi-legasi sedemikian agar doa 'umur panjang' menjadi maqbul.Umur panjang bukanlah kita hidup sampai tua bongkok sehingga menyusahkan keliling kelalang tetapi 'umur panjang' ialah apabila pahala-pahala kita berterusan sedang kita sudah di alam kubur.Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik berbanding tahun lepas."PUASA PENJANA GENERASI MUTTAQIN"

Tuesday, June 28, 2011

Hantaran + Kek
















 
Oghe kreatif gak bleh la wat..

Simple…da biase tengok

Hias nga kipas ngeley jah.hehe

Wi kek 8 butir jah..SAVE(pade nga mahal)

Nice..

phewwww..-kek pengantin-