Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Tuesday, August 16, 2011

Catatan 16 Ramadhan/16 Ogos 2011

Esok Nuzul Al Quran.Pagi tadi ceramah Nuzul Quran di SK Satak.Petang ni urus makanan untuk berbuka puasa merangkap pengacara majlis untuk sebuah perkumpulan pemuda harapan agama.Program ini dijangka bawa sampai ke malam.Tadi jumpa dengan Imam Masjid Sempam,dia bawa berbincang mengenai projek Karnival Nasyid & Jom Ke Masjid peringkat Daerah Raub.Catatan ini sekadar menyatakan kesenangan hati kerana Allah mengizinkan diri ini menumpang sekelumit usaha-usaha ke arah kebaikan bersempena Ramadhan yang berkat ini.Aku sering mencemburui teman-teman lain yang rutin mereka sibuk dengan urusan dakwah,urusan membina generasi beragama.Tahniah dan syabas pada mereka.Manakala aku masih bertatih-tatih menyediakan diri ke arah itu. Bukankah kita semua perlu meninggalkan legasi-legasi sedemikian agar doa 'umur panjang' menjadi maqbul.Umur panjang bukanlah kita hidup sampai tua bongkok sehingga menyusahkan keliling kelalang tetapi 'umur panjang' ialah apabila pahala-pahala kita berterusan sedang kita sudah di alam kubur.Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik berbanding tahun lepas."PUASA PENJANA GENERASI MUTTAQIN"