Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Wednesday, February 16, 2011

Sejarah Menyentuh Kalbu

Ada orang kata (sebab orang ada mulut) tak patut bagi kat budak ni anugerah Maulid Nabi atas dasar semata-mata kecemerlangan beliau dalam subjek Bahasa Arab,aku plak kata OK je sebab kita masih ada banyak lagi anugerah Maulid,tahun bagi kat org lain plak.Aku melihat untuk jangka masa panjang anugerah Maulid kepada pelajar Cina non muslim ini akan memberikan impak positif terhadap persepsi masyarakat non muslim kepada Islam.Tengok betapa sejuknya mata ini memandang makhluk Allah yang berpakaian sopan.Moga hidayah bersama beliau.
Yang ni tak payah ceritalah,mana nak cari seorang MB yang kaut nasi dengan penuh 'sempoi' bersama-sama rakyat biasa,tak de pelayan bersarung tangan putih,tak de bodyguard yang macam mafia,tak de protokol,sekali tengok macam pakcik tua yang kat kampung je...tu lah MB kami.Tabik Tuan Guru.

Saturday, February 12, 2011

Mesir Mencatat Sejarah 2011


Inilah wajah pemuda yang dibunuh dengan kejam dan terlalu amat kejam oleh polis Mesir sehingga tercetusnya gerakan menjatuhkan Si Kejam Hosni Mubarak,puncanya kerana pemuda ini mendedahkan kejahatan & penyalahgunaan kuasa polis Mesir.Gambar mayat pemuda berani ini amat memilukan + ngeri, boleh rujuk dalam blog Husam Musa.Jesteru beringatlah Sang Penguasa yang maha zalim bahawa apabila rakyat bersuara, nahaslah kamu.


Akhirnya.....diktator maha kejam merangkap 'FIRAUN' moden meletakkan jawatan.Kekuatan suara keramat rakyat tidak dapat dibendung sekalipun diktator itu menggunakan seluruh kekuatan jentera pentadbirannya.Semoga rakyat Mesir akan beroleh pemimpin baru yang tulus mulus (bukan Omar Suleiman) yang akan memacu Mesir menjadi negara yang diredhai. Tahniah dan syabas buat rakyat bumi ambiyak. 
  
"MESIR: Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman mengumumkan bahawa Hosni Mubarak telah melepaskan jawatannya sebagai presiden negara itu dan menyerahkan kuasa pentadbiran negara kepada pihak tentera.Pengumuman yang dibuat oleh Omar itu disiarkan secara langsung dalam televisyen nasional lewat petang Jumaat (waktu Mesir).Sebelum itu, para penunjuk perasaan telah bersorak gembira di jalan-jalan raya dan di Medan Tahrir iaitu pusat berkumpulnya rakyat Mesir sebaik sahaja berita mengenai perletakkan jawatan Hosni diumumkan."

Majlis Pertunangan Cik Nah 25/12/ 2010

merpati 2 sejoli
modeling anak2 ribena
model .maskulin





Saat bahagia buat Cik Nah apabila disunting oleh jejaka idaman hati pada bulan Disember yang lalu turut dirasakan oleh seluruh ahli keluarga ayahanda Hj Awang Hamat & bonda Hjh Rashidah Ismail.Insyallah majlis walimaatul urus akan diadakan pada hujung tahun 2011.Kerjasama dan sokongan semua ahli keluarga amat dihargai jesteru majlis pertunangan dapat dijalankan dengan lancar dan teratur.Inilah adalah satu budaya dan roh kesatuan yang patut dikekalkan dan disuburkan dalam setiap sanubari ahli keluarga ayahanda Hj Awag Hamat.Semoga segalanya dapat berjalan seperti yang dirancangkan dan kalungan doa buat Cik Nah daripada kami semua.
*alamak photo bro.CMR x de la plak,sape ada tolong upload.  

Thursday, February 10, 2011

Minit-minit Terakhir Di Sarawak




Dihujung-hujung tahun 2010 itu merakamkan banyak perkara yang indah untuk dikenang.Jesteru biarlah foto-foto ini menceritakan segalanya.





Akhirnya Datang Jua Kami Ke Kuching Untuk Melengkapkan Pemukiman Kami 11 Tahun di Sarawak.