Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Tuesday, November 16, 2010

Gembira Dalam Sayu




15 Nov 2010 jam 10 am baru dapat 'konpom' buleh pindah dari Sarawak ke Pahang.Syukur yang amat. Anugerah Tuhan yang Maha Mengetahui akan gerak hati ini yang ingin sangat berpindah setelah lebih 10 tahun bermukim di Lawas.Majlis perpisahan ringkas segera diadakan oleh PK1 sekalipun aku berkali-kali menolaknya.Sedari awal aku merasakan bahwa air mata ini akan luruh apabila berhadapan dengan sekian ramai murid-muridku.Kalau boleh aku tak ingin bersedih apalagi menitiskan air mata kerana perpindahan ini amat aku harapkan.Biarlah aku meninggalkan SK Ulu Merapok ini seadanya.Sebagaimana aku datang dulu biasa dan kembali pun biasa juga.

Semua murid dihimpunkan termasuk teman-teman guru.Nafasku mulai laju.Semakin laju apabila dijemput memberikan ucapan.Air mata akhirnya bercucuran bila saja mataku bertentang dengan sekalian mata murid-murid,melihat wajah bersih dan mulus mereka.Sepuluh tahun bersama,amat lama.Sepuluh tahun hanya di Ulu Merapok.Aku amat selesa di sana.Segalanya rasa sempurna tetapi saat perpisahan tetap berlaku.Sebak dan luluh barangkali seperti ledakan gunung berapi.

Dalam kesempatan yang ada aku melafazkan kemaafan bagi pihak seluruh kaum keluarga.Isteriku tidal sanggup untuk berkata-kata.Hanya linangan air mata sahaja menggambarkan sebuah kesedihan.Ku nyatakan jua bahawa kami sekeluarga amat terhutang budi kepada SK Ulu Merapok serta masyarakatnya.Semoga kita ketemu lagi.SKUM dekat dihati.Wasalam. 

1 comment:

Anonymous said...

yakkk, guano x abih tulih ni...