Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Saturday, January 31, 2009

Koleksi 5

Koleksi 4

Thursday, January 29, 2009

Pengenalan Bulan Muharam

MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.
Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

petikan :http://www.al-azim.com/masjid/muharram1430/index.htm

Thursday, January 15, 2009

Boikot Israel

Anak-anak Abah & Ma sama2 boikot barangan Israel dan sekaitan dengannya.Sila baca bersama petikan drpd Harakah:

Kata Azmi pengeboman bertalu-talu tanpa mengira rumah kediaman , masjid , hospital , sekolah , bangunan Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu dan universiti adalah bukti nyata bahawa tentera Israel benar-benar berniat membunuh seluruh penduduk Palestin di Gaza.
" Kenyataannya jelas . Bukan sahaja agendanya adalah bunuh Hamas, tetapi juga bunuh rakyat yang menyokong Hamas dan bunuh anak-anak yang bakal menyokong Hamas !" katanya.
Menurut laporan kematian rakyat awam sudah mencecah lebih dari 1000 orang manakala yang tercedara meningkat kepada lebih dari 5,000 orang dan manakala yang menjadi pelarian kini sudah melebihi 80,000 orang.

"Teras yakin nampaknya Israel tidak lagi boleh ditekan melalui tunjuk perasaan , resolusi Majlis Keselamatan mahupun kenyataan-kenyataan mengutuk dan mengecam semata-mata.

"Tidak ada jalan selain dari seluruh Negara Islam kini perlu menghantar tentera untuk menghadapi Israel dengan kekuatan tentera juga. Nampaknya Israel hanya tahu bahasa tentera ," katanya.

Teras katanya berpendapat Negara-negara Islam tidak boleh lagi menangguh untuk mengharapkan rundingan diadakan dengan Israel dengan harapan Israel menghentikan operasi 'genocide' ke atas Gaza akan tetapi tentera mesti dihantar untuk berdepan dengan kebiadapan serta keganasan Israel.

Wednesday, January 14, 2009

Hapiz Burger

2,3 ari lepas gue ada call ma.Tanya ma camne dengan burger.Hapiz jual ko?Ma kata Hafiz jual.Ok jugaklah dalam 50 ke 60 biji laku campur dengan hamlet dan benjo.Syukurlah kalu hapih nak jual burger.Belajar-belajar bekerja & berdikari.

E-mail gambar @ Foto

Salam pada semua anak-anak Abah & Ma...

Kalau pandai edit web ni...dipersilakanlah untuk menambah-nambah supaya ianya semakin jelita dan praktikal.Kalau nak masukkan gambar personel bolehlah emailkan pada gue untuk gue masukkan kat website.Buat sementara ni mungkin akan banyaklah gambar bebudak tu je lah....wokey jumpa lagi.Kalau nak chat secara live buat lah janjitemu...