Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Monday, August 30, 2010

PUISI MERDEKA

AKSARA MERDEKA

Setelah sekian lama kita menyusun dan mewarnakan
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah bersejarah ini
yang kenal huruf tetapi terlupa maknanya
yang kenal angka tetapi terlupa nilainya
yang kenal bunyi tetapi terlupa nadanya
yang kenal rentak tetapi terlupa geraknya
yang kenal lagu tetapi terlupa iramanya
yang kenal akhir tetapi terlupa awalnya.
Setelah sekian lama kita membaca dan menghafal
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah tercinta ini
yang cerah mata tetapi gelap hati
yang cerdik minda tetapi dungu peribadi
yang cantik bahasa tetapi buruk sikap
yang lembut budi tetapi keras lagak
yang merdu suara tetapi sumbang bicara.
Setelah sekian lama kita mencatat dan merakam
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah pusaka ini
yang impikan kemajuan tetapi menolak teknologi
yang impikan kemakmuran tetapi membelakangkan ekonomi
yang impikan kesejahteraan tetapi mencetuskan pergolakan
yang impikan kegemilangan tetapi meremehkan wawasan.
Setelah sekian lama kita menganalisis dan mentafsir
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah bertuah ini
yang terlepas kaki tetapi terikat tangan
yang terlepas mata tetapi terikat jiwa
yang terlepas fakir tetapi terikat cita-cita.
Setelah sekian lama kita menjulang dan memarbatkan
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah bertuah ini
yang kasihkan bangsa tetapi bencikan pemimpin
yang cintakan agama tetapi menyelewengkan fatwa.
Setelah sekian lama menghargai dan menghormati
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah berdaulat ini
yang menanam bunga tetapi menabur duri.

Karya: Wadi Leta S.A

Saturday, August 28, 2010

Selamat Berpuasa Semua

Organise presentation majlis persaraan GPK KK di Lawas.
Ni A..Chun nie...amacam ada gaya model??

Along angah moga cemerlang sokmo...


Bergaya dengan hadiah Cik La...



Wednesday, August 18, 2010

SALAM RAMADHAN

ASSALAMUALAIKUM...............

HARI INI....baru berkesempatan nak ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua ahli keluarga. Anak-anak buah semua posa dok??? harap semua posa sampai abis. nanti Cik la bagi hadiah sebab posa penuh.

Friday, August 13, 2010

Mutiara Ramadhan


"Jauhkan dirimu daripada mengumpat kerana mengumpat itu terlebih keras daripada berzina.Bahawasanya seseorang itu berzina kemudian bertaubat,ia diterima Allah Taala akan taubatnya. Seseorang yang mengumpat tiada akan diampun dosanya sehingga dimaafkan oleh orang yang diumpat".

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan..

Hari nie,Rabu 11 OGOS 2010 bersamaan dengan 1 RAMADHAN 1431H...So,sume umat islam diwajibkan berpuasa la kan..=))hehe.



anak-anak buahku sume pose ke?? sahur bangun ke x?



ape2 pun...aktiviti berjalan seperti bse je walaupun b'pose.