Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Monday, April 25, 2011

Catatan 25 APRIL 2011

Hari nie giliran Fikri demam selepas Najmi & Nasrun.Abi tunggu Fikri,terpaksa ambil cuti.Pagi tadi sms PK1 maklumkan akan keadaan abi.Dia balas ok je.Umi & along ,angah ke sekolah.Rutin harian umi 'passing' Najmi & Nasrun ke rumah jiran sebelah.Selalunya jam 0645 am.0650 am umi bergegas drive ke SK Satak mengambil masa 40 minit jugak.

Sejak berpindah ke Pahang,rutin kehidupan kami sekeluarga berubah 360 darjah,yang abi paling perasan ialah kami menjadi pengejar masa yang tegar disamping menjadi juruaudit yang 'syadid' dek kerana perbezaan pendapatan  yang ketara berbanding disekolah lama.Namun Tuhan Maha Adil,Dia sentiasa mengurniakan banyak perkara terbaik untuk kami sekeluarga.Banyak sekali cabaran & dugaan dalam masa 4 bulan ini,bahkan saat ini abi masih merasakan keberadaan di bumi Pahang sebagai satu proses transisi yang 'comprehensive' dari Tuhan.Moga kami sekeluarga dirahmatiNya.