Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Friday, December 4, 2009

konvoksyen ukm 09 c'nah





saat2 manis hari konvokesyen ku....hepi x terkata...20/08/09 tarikh manis dlm hidupku...tq ma&abah & adk brdk...jasa kalian tidak trblas dgn wang ringgit...doakn ku dpt pkerjaan yg elok & dberkati ALLAH TAALA...amin InsyaALLAH...

Sunday, November 22, 2009


KUALA LUMPUR, 20 Nov: PAS mendapat penghormatan dunia Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'.
Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.
(Berita lanjut dalam harakah)

SK Ulu Merapok 5 A UPSR



Tak pernah lagi sejak SKUM ditubuhkan terdapat pelajarnya mendapat 5A,tapi tahun ni,2009 mimpi telah menjadi kenyataan,sejarah telah terpahat apabila 2 orang pelajar UM berjaya mendapat 5A.Syabas tak terhingga.Guru Besar sangat gembira sehingga kami semua dibelanjanya 'makan besar' di Spitang,Sabah.Para ibubapa gembira dan SKUM berdiri gah bersama-sama mencipta kecemerlangan sepertimana impian setiap sekolah.Moga SKUM akan terus berjaya,yang pasti insyallah tahun 2010 aku akan terus berada di sana...hu..hu...


Saturday, November 21, 2009

In House Training Pembestarian Sekolah




Dengan bergayanya aku mentaklimatkan para guru SKUM mengenai pembestarian sekolah berdasarkan fahaman aku sendiri.Harap-harap betul lah.Pembestarian sekolah memang bagus tapi banyak kerja kena langsai.Pensyarah IPGM Miri akan mai tengok kemajuan pembestarian sekolah dan menyemak dokumentasi pelaksanaan.Emm...PK 1 bagitau aku memang bergaya macam 'lecture' (perasan..he..he2).

Friday, November 13, 2009

Sah!!Din GMI Bertunang

28 Nov 2009 sah insyaallah Ayah Din akan bertunang dengan Cik Ah,seorang guru yang mengajar di Spitang,Sabah.Alhamdulillah akhirnya menjadi realiti.Ikan di laut dan asam di darat, dalam periuk bertemu jua.Doa kami semua agar ayah Din & Cik Ah akan lebih mengenali antara satu sama lain dan tulus ikhlas dalam menjalin hubungan alam pertunangan.TQ.

Sunday, November 8, 2009

Cerita Transfer


Aku sebenarnya tak kisah sangat dengan 'transfer',tapi tu lah orang kata kita ni tak lepas dengan orang tua di kampung.Ma aku terutama sekali selalu tanya bila nak pindah,pas tu plak aku perasan 2,3 tahun kebelakangan ni ma selalu menangis bila bertelefon dengan aku.Aku pun syahdu jugak ingat kat ma.Aku dah besar panjang tapi berjauhan dengan ma & abah.Dulu waktu kecil sampai besar kenal dunia ma & abah tak pernah meninggalkan aku.Ma & abah segalanya bagi ku.

Aku isi borang pindah pun 100% sebab ma,kalu ikut aku, mau saja pindah ke Sabah.Elaun besar ma....siap buleh beli rumah bayar dengan EPW.Fuh rumah free.Tapi bila fikir-fikir tak juga guna kejar harta kalau ibu bapa terabai.Aku hari ini kerana mereka dulu lah.Betul kan....

Tahun 2009 bermakna dah masuk tahun ke 11 aku di Sarawak.Aku dah mohon pindah ke 4 negeri. Selangor, Kedah, Terengganu, Kelantan.Semuanya tak menyangkut.Tak tahulah negeri mana lagi lepas ni.Boleh tahan jugak KPM tak bagi aku yang dah senior ni berpindah.Nasib baik PM tu bukan aku punya 'uncle' kalu tidak naya KPM ..he..he..

Walaubagaimana pun aku tetap bersyukur kerana tak dapat pindah kerana aku sangat yakin pada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'ketidakpindahan' ini.Pasti ada hikmah,pasti ada kebaikan.Insyallah tahun 2010 bulan 4 aku abis belajar dan tahun yang sama dapat 'time based' DGA 32.Akhir tahun atau 2011 pula mungkin dapat lagi kenaikan ke DG 41.Kontrak aku sebagai guru takmir Jabatan Agama Islam pun masih berbaki setahun.PK 1 ada bisik-bisik nak bagi aku sesuatu (rahsia dulu).Manakala ada juga teman-teman seSarawak nak ajak aku 'organise' program 'Tafaqquh Fi Din' kepada masyarakat kampung.Aku 'on' saje.Tapi ini semua apa yang nampak dan terbayang dimata kepala.Ada banyak lagi yang kita tak nampak yang Allah saja Maha Mengetahui.Moga segala kebaikan untuk kita sekeluarga.

Thursday, October 29, 2009

Balik Kampung Setahun Sekali



Kita ni makan mugo jarang-jarang sekali memang sedap,manakala kalau ianya kita makan hari-hari memang 'boring'.Begitu juga kami sekeluarga,balik kampung setahun sekali,fuh memang sedap & 'best',tiada kata yang dapat dilafazkan untuk membayangkan betapa 'best'nya balik kampung.Dari bulan 10 kami dah dapat rasa aura balik kampung.Bila tiket dalam tangan lagi bercelaru dibuatnya.Kami dah tak nampah sekolah dah.Anak-anak boleh dikatakan tiap hari bertanya bila nak balik kampung.Letih kami laki bini dok jawab soalan sama.20 Nov 2009 tiket kami....yea...yea balik kampung...

Wednesday, October 28, 2009

Berita Gempar



Dapatkan majalah MODEL terbaru dipasaran atau kedai terdekat. Menampilkan model-model terkacak abad ke 21 terutamanya yang kat cover depan tu la.Ha...ha...ha,. kalu tak de jual jugak mungkin belum sampai kat Malaysia,maklum le majalah antarabangsa ataupun korang print out je ...Bye

Wednesday, October 21, 2009

Berkelah di Sungai Tanah Merah



Oleh kerana Along & Angah nak sangat mandi sungai,kami singgah kat sungai kg Tanah Merah, walaupun tempatnya tak le bagus sangat tapi 'bolehlah'.Sudah namanya 'bebudak' mereka mandi & main air dengan penuh keseronokan.Kalau aku 'malas nak layan'.Sebenarnya misi kami ialah untuk menawan air terjun sungai Muaya di bukit yang tinggi di 'area' Muaya,Sabah tapi bila sampai kat atas dengan menempuh perjalanan yang sukar (tayar keretaku sampai keluar asap sebab memanjat bukit yang tinggi) gate untuk ke air terjun tu dikunci.Emm...hampa.On the way balik makanya kami singgah lepas 'gian' kat sungai Tanah Merah.Janji mandi sungai. Cukup.

Wajah Nasrun antara yang terkini.Makin nakal & banyak pula karenahnya.Kalau aku tak jumpanya sehari macam tak jumpa seminggu.Nasrun sudah boleh memahami dan menurut arahan-arahan mudah.Belum jua pandai cakap, sekadar tunjuk-tunjuk saja dan mulut mengomel bahasa yang 'gagal' untuk difahami.Sebelah tu gambar kami hadir kenduri kawan Sarawak. Terima kasih atas jemputan & Selamat Pengantin Baru.

Tuesday, October 20, 2009

Bercuti Ke Kota Marudu



Kami sekeluarga seronok sangat 'makan angin' kat Kota Marudu hingga ke Pitas.Ada kawan kat sana.Lepak rumah dia 2 malam dan berpeluang makan udang murah.Sekilo udang besar lengan budak baru RM 13.Terima kasih daun keladi untuk Ust Pataf & family.Along angah syiok mandi laut manakala Fikri & Nasrun takut nak ikut serta.On the way balik kami lepak kat KK semalam untuk membeli apa yang patut.Banyak juga RM yang terbang.Walaubagaimana pun percutian ini kami anggap berbaloi sebagai 'reward' untuk kami sekeluarga.Bye..

Kursus Pembestarian Sekolah Kohort 3/2009



Hujung tahun ni aku berpeluang mengikuti kursus Pembestarian Sekolah di IPGM Kampus Miri, Sarawak selama sebulan bermula selepas cuti hari raya.Aku memang minat kalu kursus bab ICT @ komputer ni terutama sekali kursus khas menyelenggara komputer.Barulah komputer kat sekolah tu boleh dibaik pulih dengan kadar yang segera.Duit kerajaan pun selamat.

Pada keseluruhannya aku berpuas hati dengan kursus ni.Banyak jugalah input baru yang didedahkan khususnya pembelajaran berasaskan ICT dan berpusatkan murid.Internet memainkan peranan yang penting khasnya untuk pembelajaran masa kini & masa depan. Sekarang ini guru hanya menjadi pemudah cara bukan 'penyuap' maklumat semata-mata. Murid sendiri belajar berpandukan perancangan guru dan mencari maklumat untuk memperkayakan pengetahuan.Cara sebegini akan menjadikan sesuatu pembelajaran lebih bermakna.

Friday, October 16, 2009

Nasi Lelapan & Pusat Rekreasi Miri

Kali pertama Cikgu Muktar menyebut 'lelapan' aku 'blur' no idea apa benda lelapan itu.Kami tiba di Miri biasanya jam 8 pm @ lebih sikit.Ikut keadaan.2 minggu berturut-turut kami singgah di sebuah restoran yang katanya Cikgu Muktar memang laku.Di sinilah aku mula mengenali nasi lelapan.Nama pelik macam sedap tapi biasa saja.Mempunyai 8 jenis 'content':Sambal belacan,pucuk ubi,tauhu,taufu,lauk (boleh pilih) kobis,kacang panjang, mentimun.Harga RM 7 @ 8 untuk sepinggan.Yang paling suka belacannya lah.
Bila lihat kawasan rekreasi sebegini punya cantik,aku terus teringat kat anak-anak.Pasti mereka suka dengan tempat macam ni.Pasti seronok mereka mandi dan bermain.Along,angah,Fikri & Nasrun ketawa mengekeh-ngekeh.Berlari dan berkejar-kejaran , menyimbah-nyimbah air dan mandi bersama-sama.Apa lagi yang menggembirakan buat seorang bapa dan ibu apabila melihat keseronokan pada wajah anak-anaknya.Emm...dunia ibubapa sangat berbeza dengan dunia anak-anak.Jauh bezanya zaman aku kecil dengan zaman anakku sekarang.Cukup jauh.Mereka dilimpahi kesenangan.Beza dengan aku yang lahir dalam keluarga yang amat sederhana.Adik beradik ramai.Fuh...kehendak kami adik beradik dipenuhi seadanya,tapi abah & ma lah segalanya bagi ku.Aku bangga dengan mereka dan bangga dengan adik-beradik ku yang lain yang ikut berjaya dalam hidup.Pak su Piz mungkin masih dalam proses mengenal dunia kehidupan sebenar.Moga Pak su piz tidak terlewat untuk mengenal antara permata dan kaca.

Thursday, October 15, 2009

Catatan Hari ke 18 di IPGM


Hari ini syiok sebab berjaya mencapai matlamat mendapatkan buku & majalah yang sekian lama diidamkan.Budgetku RM 100 cun-cun ngam.

Majalah Solusi terbitan Telaga Biru,Buku Rindu Bau Pohon Tin & Aku Terima Nikahnya oleh Ust Hasrizal Ab Jamil,Buku Membina Cinta Sayang oleh Dr HM Tuah

Alhamdulillah 2,3 tahun kebelakangan ini aku berjaya merealisasikan tabiat membeli dan membaca buku sehingga mampu memiliki mini perpustakaan.Apalagi apabila ku lihat anak-anak ku semakin membesar dan aku mau mereka mencontohi sesuatu yang baik seperti membaca.Aku selalu ingat dan hadam pesan Dr Fadzilah Kamsah:"Jangan takut kalau anak kita tak dengar cakap kita,tapi takutilah perhatian mereka terhadap apa yang kita lakukan sehari-hari".Kadang-kadang aku sengaja membaca didepan anak-anak supaya mereka nampak dan ikut.Percayalah tak lama kemudian mereka akan cari-cari buku terutama sekali Fikri & Nasrun.

Banyak faktor yang mendorong aku 'mesra' dengan buku.Siapa tak kenal dengan bekas Mufti Perlis,Dr Asri Zainul Abidin yang gemar mencetuskan isu-isu 'kontroversi'.Ah..ini persepsi.Lain orang lain persepsinya.Kontroversi menyebabkan aku mencari input dan kebenaran.Oleh kerana tiada mursyid di sini maka buku lah mursyidku termasuk internet yang sahih sumbernya.

Pengalaman hidup dan berada dalam masyarakat sebaik masyarakat Kg Ulu Merapok yang ku perasan semakin meminati ilmu agama 'memaksa' aku mendalami ilmu.Persoalan agama boleh datang daripada pelbagai sudut tanpa mengira masa dan tempat. Makanya tiap kali kuliah di Kota Kinabalu biasanya pensyarah akan 'terkial-kial' mengupas isu yang ku lontarkan.Tapi aku suka natijahnya.Bertanya,bersoal jawab,berbincang lalu membuat rumusan.Ku bawa balik dan sebarkan kepada masyarakat Ulu Merapok.

Satu lagi yang memainkan peranan besar 'keminatan'ku pada buku ialah blog.Sejak aku kenal blog maka ramailah blogger yang ku kenal.Mereka ini banyak mempengaruhi ku dengan budaya keilmuan.Saiful.com, Zaharuddin.com, Darul Fuqaha.com, Zahazan.com dan banyak lagi terutamanya koleksi link kat TKO.com.Aku cukup bangga dan kagum dengan tahap keilmuan mereka ni.Lebih kagum lagi apabila melihat mereka sangat aktif menyumbang terhadap pembudayaan ilmu dan pengamalan beragama di kalangan masyarakat.

Emm....anak-anak ma & abah,pasakkan azam untuk terus belajar,tidak semestinya secara formal tapi tidak formal sekalipun.Kalu betul-betul rajin lagi ambil diploma di mana-mana IPTA khusus diploma berkaitan Islam.TQ

Friday, October 9, 2009

Catatan Minggu ke 3



Hari Khamis sudah terima gaji.Awal & sangat awal.Agak merbahaya bagi mereka yang kurang cermat berbelanja.Silap-silap poket boleh kering sebelum gaji bulan 11.Inilah gaya hidup mereka yang makan gaji.Terima,bayar segala hutang-hutang,belanja itu ini dan baki yang ada barulah berjimat cermat.Nak kata hidup mewah tak lah juga tapi boleh hidup dengan selesa lah.Orang kata,bukan saya kata,bisness lebih baik daripada makan gaji, mungkin betul mungkin tidak,sebab makan gaji ada banyak macam begitu jua bisness,kalau nak tau kita buatlah experimen.

Kelmarin selepas menyelesaikan pembayaran insuran dan roadtax kereta aku mengambil peluang bersiar-siar di pasaraya setelah dipelawa oleh kawan-kawan sekursus.
Emm...duit tengah ada ni...tengok mini laptop yang comel ingat nak 'angkat' satu untuk isteri tapi aku tangguh lagi...takut bajet lari,jumpa plak kedai jam yang lawa dan murah.Jam polo bah...50% n 70%..tapi aku tangguh lagi...pujuk-pujuk hati jangan beli dulu.Alang-alang beli cari yang tip top terus.Singgah lagi kedai buku...aa ini ok.Banyak sangat bukunya..mata ku terus melilau mencari sudut agama dan motivasi.Wah banyak sekali buku-buku karangan penulis kegemaranku seperti ust Hasrizal,Ust Zahazan,Ust Zaharudin,Dr Zulkifli Al Bakry,Dr Danial,Dr H.M Tuah,Dr Fadzilah Kamsah, Dr Haron Din,juga Tuan Guru kesayanganku.Aku berkira-kira untuk membelanjakan RM 100 bagi menambah koleksi mini perpustakaan ku. Insyalah minggu depan baru beli.

Malam baru balik IPGM,lepas buat rutin biasa aku kemaskan barang-barang sebab esok Jumaat,balik Lawas jumpa anak bini.Rindu pada mereka sebab aku jarang berpisah dengan mereka,apatah lagi apabila mengenangkan telatah dan gelagat anak-anak yang sedang membesar.Aku juga target untuk bawa mereka jalan-jalan hujung minggu ni.Fikri demam dan muntah menurut uminya.Kesian.Angah pulak bengkak gusi,mungkin nak salin gigi,tapi dah agak ok.Harapan ku on the way balik Lawas satu saja,agar jalan tidak jem.Kabulkan harapan hamba Mu yang lemah ini ya Allah.Amiin.

Tuesday, October 6, 2009

PETUA IMAM SYAFIE:

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR :

1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yg banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Cerita Tandas


Pagi ni seperti biasa bangun dan bergegas ke surau.Sana lah tempat yang paling aman untuk aku menunaikan hajat-hajat.Dari jauh kedengaran tazkirah.Emm....bagus nih.Aku terus ke tandas dan bila menjejakkan kaki ke dalamnya...tu dia...kelihatan kesan kotoran tapak kaki pengguna tandas sebelumnya.Heh apa susah sangat ke nak basuh kesan kotoran tu,diri sendiri jua yang membuatnya...buka paip siram je,apa punya pemikiran la orang macam ni.Sudah lah guna tandas free tak mau pun guna elok-elok.Ni lah perangai buruk umat Islam yang susah untuk dikikis.Memang ku perhatikan umat Islam banyak yang gagal menjaga kebersihan dan kebajikan tandas.Mereka cincai saja,dan aku cukup yakin bahawa orang yang gagal jaga kebersihan tandas masjid atau awam nescaya tandas dirumahnya lagi teruk.Padan muka.

Cubalah kita pergi mana-mana masjid atau surau di Malaysia ni dan kita dapat melihat dengan 'jayanya' kegagalan umat Islam menjaga kebajikan tandas.Tandas masjid kotor, berbau,menjijikkan dan sangat tidak selesa.Puncanya anda tahu.Mungkin ada lah sebuah dua masjid yang mempunyai tandas yang baik dan cemerlang.Pada ku tandas ini adalah satu premis penting kerana disanalah tempat kita ni menunaikan hajat sebelum bersuci dan mengadap Allah Taala.Kadang-kadang aku kasihan kat AJK masjid,mereka bersemangat menguruskan masjid dengan berbantukan kewangan yang bukan sedikit,tapi mereka 'gagal' untuk mengurus tandas masjid.Sepatutnya mereka mempunyai perancangan rapi dan plan tindakan strategik mewujudkan tandas 5 bintang.Ini adalah imej.Imej umat Islam yang sangat peka dengan kebersihan.

Menyokong cerita 'keterukan'tandas puak-puak kita ni ialah tulisan dalam blog Kadirjasin.blogspot.com."Di Malaysia, tandas bayar pun ada yang sama kotor dan sama busuk dengan tandas angkut tahun 1950an. Dalam hal tandas awam ni, kita betul-betul bermentaliti dan berkualiti Dunia Ketiga.Ramai orang kita nak guna tandas pun tak tahu. Yang lain tak bersikap sivik. Orang guna tandas dulu baru pam. Kita pam dulu baru guna".


Penceramah agama, Ahmad Shukri Yusof, berkata hadis Nabi Muhammad s.a.w mengenai kebersihan sebahagian daripada iman memberikan satu gambaran jelas terhadap aspek terbabit. Menurutnya, keimanan memang dinilai dari aspek kebersihan, sama ada kebersihan dalaman (hati) dan luaran. “Tetapi, sekarang ini yang berlaku agak menyedihkan, termasuk di kalangan masyarakat kita masih di takuk lama, tidak memelihara kebersihan. “Orang kita hanya mementingkan diri sendiri, manakala orang lain dibuat tidak kisah.

Ok kepada anak-anak abah sekalian,marilah kita semua menerajui perubahan dengan mendahulukan perubahan dengan diri sendiri khusus dalam hal kebersihan tandas dan yang lain secara umumnya.

Sunday, October 4, 2009

Catatan Perjalanan Minggu 2 Kursus



Hari ni aku bersiap awal.Masa yang ada aku buat yang patut termasuk kupas 2 biji kelapa sebab biniku kan masak sayur lemak.Aku memang suka dengan sayur lemak,tapi tak sempat makan lah.Sarapan dengan nasi goreng dan air teh susu.Biniku tolong kemaskan keperluan kursus.Fikri sibuk bertanya dan merengek ingin ikut.Aku jelaskan dengan lembut dan dia boleh menerimanya tapi dipintanya pula mainan.Insyalah aku akan belikan yang simple saja.Angah dan along sedang buat 'homework' setelah diminta oleh biniku.Nasrun pula dengan dunia dia ke sana ke mari mencari 'kerja'.Dia ni ada saje kerjanya tapi aku seronok melihatnya membesar depan mata.

Jam 0920 am aku jalan sebab janji ceramah di JAIS jam 10.30 am.Lepas ceramah,sambil makan aku ambil peluang bersembang dengan Ust Shahrol(pem. hal ehwal Islam) dan Ust Islah (pegawai hal ehwal Islam).Banyak cerita yang kami kongsikan tambah2 lagi Ust Islah akan bertukar ke Sri Aman.Beliau seorang sahabat yang baik dan sangat komited dengan tugasnya.Antara program terakhir yang sempat aku dan beliau bersama ialah program ziarah 7 buah masjid/surau di daerah Lawas sempena Ramadhan.Ku katakan padanya bahawa beliau telah menjadi reformis dan pengubah persepsi masyarakat terhadap peranan JAIS,begitu juga dengan peranan masjid dan AJK-AJK yang turut terkena tempias perubahan hasil usaha gigih beliau.Insyallah ini adalah satu penanda aras dan permulaan yang positif untuk bumi Lawas menuju kepada penghayatan beragama.

Jam 2.10 pm,C.Jani call dan datang ambil ku di JAIS.Singgah kami untuk mengambil C.Sofiah dan C Muktar seterusnya memulai perjalanan ke Miri.Alhamdulillah hanya berbaris 30 minit di jeti feri Trusan.Perjalanan sangat lancar.Jam 0955 pm kami cun-cun sampai di pintu masuk IPGM.Badan rasa letih lesu tapi hati ini kuat ingin ber'tenet'.Emm Cik Yah paling awal update mesejnya.Sempat ku jengok-jenguk blog-blog alternatif untuk mengetahui perkembangan semasa khususnya Bagan Pinang.Jam dah 1124 pm dan mataku semakin berat.Jumpa lagi....

Friday, October 2, 2009

Cerita Pasal Ketentuan


Jodoh,ajal maut,rezeki,syurga neraka adalah antara perkara-perkara yang telah ditentukan ole Allah Taala.Memang Allah dah tentukan tapi Allah sembunyikan ia daripada pengetahuan kita,agar kita sentiasa berusaha dan optimis.Kita ada qudrat dan akal fikiran juga dalam masa yang sama Allah kurniakan 2 jalan kepada kita iaitu jalan baik dan jalan jahat.Jalan baik dengan kita menuruti 'pekeliling' yang Allah gazetkan dan jalan jahat iaitu kita enggan mematuhi 'pekeliling' Allah.Allah dengan segala kemurahan mengutuskan seorang 'mahaguru' yang mentafsir 'pekeliling' supaya menepati maksud dan matlamat.Sekarang kesemuanya berada ditangan kita,usaha ditangan kita,tepuk dada tanya selera,jalan yang manakah yang ingin kita tempuhi dan ciri-ciri teman hidup yang bagaimanakah yang ingin dimilki.

Buat tatapan Din,berusahalah dan bertawakal lah dalam apa jua kerja buat,andainya sesuatu itu tidak dapat dimiliki ketahuilah bahawa ianya adalah ketentuan Ilahi. Pasti ada hikmah.Pasti Allah mengingini sesuatu yang lain yang lebih baik dan sesuai dengan Din.Bukankah Allah itu Maha Mengetahui?

Cerita ini dinoktahkan dengan satu Hadis mulia.Moga ada kebaikannya.Abu Hurairah r.a meriwayatkan dari Rasulullah saw bahawa Baginda bersabda:

"Seseorang wanita dinikahi atas 4 perkara kerana hartanya,nasabnya,kecantikannya dan agamanya.Maka pilihlah agamanya kerana ia akan menjaga dirimu."
(Sahih Bukhari)

Thursday, October 1, 2009

Catatan Di Asrama IPG Miri

Salam semua..

Hari ini masuk hari ke empat aku diam di asrama IPGM.Belum sekali pun aku mandi kat bilik mandinya begitu juga 'melabur'.Tak sanggup aku menggunakan tandasnya...Hanya Tuhan saja yang tahu betapa ngeri & dahsyat tandas tersebut.Aku terpaksa berulang alik ke surau je untuk urusan tandas.Tapi bagus jugak dapat aku berjemaah dengan beberapa kerat guru pelatih yang komited dengan surau.Syabas pada mereka.Macamana pula dengan bilik asrama.Puh..first time masuk,penuh dengan habuk,sampah boleh tahan,tak de cadar,bantal penuh dengan peta dan rasenya tak sanggup nak tidur kat situ.Heh.......

Kadang-kadang aku rasa sangat tidak adil.Seorang pegawai kerajaan yang dah senior macam aku ni berkursus dengan prasana yang cukup minima.Maknanya tak selesa lah. Kalau aku tau prasarana sebegini rupa nescaya aku tak kan mai.Tapi aku pujuk2 hati ini supaya bersabar demi sekelumit ilmu yang berfaedah guna mendidik anak bangsa.

Malam ni mesej jap kat anak isteri nun jauh di Lawas.Mau 5 / 6 jam drive dari Lawas ke Miri..Jauh.Tanya kesihatan depa,makan minum dan sedikit sebanyak aktiviti depa sepanjang aku di Miri.Insyalah esok balik Lawas jap dan hari Ahad datang lagi.Kebetulan hari ahad,Jabatan Agama Islam Lawas jemput aku ceramah untuk slot Kursus Pra Perkahwinan jam 10.30 am.Lepas ceramah jam 1200 insyalah aku akan mengembara lagi ke Miri.Doa ku moga jalan ke Miri tidak jem.Amiiiin....

Tuesday, September 29, 2009

Catatan Perjalanan Ke Miri

27 September 2009

Jam 1.40 pm aku menunggang Yamaha Lagenda menuju ke Ladang Baru,sambil tu call C.Muktar bagitau aku lewat sikit.Jam 2.12 pm aku smpai di L.Baru and menyeberang sungai Lawas,tengok2 C.Muktar sedang tunggu sambil tersenyum.

Bertolak dari Lawas hampir jam 3 pm bersama 3 guru lain menaiki Avanza C.Mukhtar. Tiba di Mengkalap aku kena cop pasport keluar Sarawak.Pas tu naik Feri,free la plak sebab cikgu Mukhtar kenal konduktornya.Mun indak RM 10 terbang.

Sampai imegresen Brunei cop lagi masuk Brunei.Tak de masalah.Jalan lagi hingga ke Puni..tu dia banyaknya kereta.Cop pasport dan kastam utk kereta.Kat sini lah paling sengsara.Banyak kereta berbaris untuk menaiki Feri keluar dari Brunei memasuki Limbang.Aku ambil peluang solat Asar di Masjid Puni.Masjidnya ada ekon dan paling bagus tandasnya...Ya Rabbi sangat bersih dan selesa.

Kami berbaris di Puni 2 jam lebih sikit..pastu teruskan perjalanan ke Tedungan (sempadan Brunei lagi),cop pasport masuk dan keluar ke Brunei.Singgah solat Magrib Isyak di Masjid Limau Manis.Ekon lagi..sejuk.

Terus driving melalui jalan pintas ke Miri.Kat Brunei kita tak dapat lihat motosikal kecil,yang ada motosikal besar je..ye lah harga kereta murah termasuk minyak jua.. buat apa pakai motosikal.Jam 900 malam baru sampat kat Miri.Cop paspot dan baik jua imegresen sana tak jem.Cari kedai isi perut jap kemudian cari hotel murah untuk merehatkan badan yang letih.Esok pagi jam 800 kena lapor diri di Institut Pendidikan Guru Miri,Kampus Sarawak untuk kursus Pembestarian Sekolah.Bye....

Thursday, September 10, 2009

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Wednesday, August 19, 2009

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan. Jika boleh niatkan sebegini:


1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku....

Saturday, July 4, 2009

mjlis p'khwinan pida..

Wednesday, June 3, 2009

Diet cara Rasullulah s.a.w

Rupa2nya tanpa kita sedo, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2.tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus?

# Jangan makan SUSU + DAGING

# Jangan makan DAGING + IKAN

# Jangan makan IKAN + SUSU

# Jangan makan AYAM + SUSU

# Jangan makan IKAN + TELUR

# Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

# Jangan makan SUSU + CUKA

# Janganmakan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# jangan makan BUAH selepas makan NASI ,sebaliknya makan buah terlebih dahulu,baru makan nasi.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# jangan sesekali tinggal MAKAN MALAM . sesiapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.


Nampak memanglah pelik... tapi, kalau tak percaya... cubalaa....................................
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.



Dalam kitab juga ada MELARANG kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.

Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.


Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Sama2lah kita mengamalkannya.......

WallahuA'lam

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan
menggandakan 10 kali kepadanya.

Thursday, April 30, 2009

Thursday, April 16, 2009

kehebatan surah al-ikhlas

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim.. bismillahirrahmanni rrahim"

Tafsirannya:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang
Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana
dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada
didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari
keluar umpama cacing kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu
ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad.walam yakul lahu kufuwan ahad.)sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat
kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas setiap
satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari
perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.
Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan
petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

percayalah...

1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

4. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang-orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

Tuesday, April 14, 2009

Along 's Brother