Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Thursday, October 29, 2009

Balik Kampung Setahun Sekali



Kita ni makan mugo jarang-jarang sekali memang sedap,manakala kalau ianya kita makan hari-hari memang 'boring'.Begitu juga kami sekeluarga,balik kampung setahun sekali,fuh memang sedap & 'best',tiada kata yang dapat dilafazkan untuk membayangkan betapa 'best'nya balik kampung.Dari bulan 10 kami dah dapat rasa aura balik kampung.Bila tiket dalam tangan lagi bercelaru dibuatnya.Kami dah tak nampah sekolah dah.Anak-anak boleh dikatakan tiap hari bertanya bila nak balik kampung.Letih kami laki bini dok jawab soalan sama.20 Nov 2009 tiket kami....yea...yea balik kampung...

Wednesday, October 28, 2009

Berita Gempar



Dapatkan majalah MODEL terbaru dipasaran atau kedai terdekat. Menampilkan model-model terkacak abad ke 21 terutamanya yang kat cover depan tu la.Ha...ha...ha,. kalu tak de jual jugak mungkin belum sampai kat Malaysia,maklum le majalah antarabangsa ataupun korang print out je ...Bye

Wednesday, October 21, 2009

Berkelah di Sungai Tanah Merah



Oleh kerana Along & Angah nak sangat mandi sungai,kami singgah kat sungai kg Tanah Merah, walaupun tempatnya tak le bagus sangat tapi 'bolehlah'.Sudah namanya 'bebudak' mereka mandi & main air dengan penuh keseronokan.Kalau aku 'malas nak layan'.Sebenarnya misi kami ialah untuk menawan air terjun sungai Muaya di bukit yang tinggi di 'area' Muaya,Sabah tapi bila sampai kat atas dengan menempuh perjalanan yang sukar (tayar keretaku sampai keluar asap sebab memanjat bukit yang tinggi) gate untuk ke air terjun tu dikunci.Emm...hampa.On the way balik makanya kami singgah lepas 'gian' kat sungai Tanah Merah.Janji mandi sungai. Cukup.

Wajah Nasrun antara yang terkini.Makin nakal & banyak pula karenahnya.Kalau aku tak jumpanya sehari macam tak jumpa seminggu.Nasrun sudah boleh memahami dan menurut arahan-arahan mudah.Belum jua pandai cakap, sekadar tunjuk-tunjuk saja dan mulut mengomel bahasa yang 'gagal' untuk difahami.Sebelah tu gambar kami hadir kenduri kawan Sarawak. Terima kasih atas jemputan & Selamat Pengantin Baru.

Tuesday, October 20, 2009

Bercuti Ke Kota Marudu



Kami sekeluarga seronok sangat 'makan angin' kat Kota Marudu hingga ke Pitas.Ada kawan kat sana.Lepak rumah dia 2 malam dan berpeluang makan udang murah.Sekilo udang besar lengan budak baru RM 13.Terima kasih daun keladi untuk Ust Pataf & family.Along angah syiok mandi laut manakala Fikri & Nasrun takut nak ikut serta.On the way balik kami lepak kat KK semalam untuk membeli apa yang patut.Banyak juga RM yang terbang.Walaubagaimana pun percutian ini kami anggap berbaloi sebagai 'reward' untuk kami sekeluarga.Bye..

Kursus Pembestarian Sekolah Kohort 3/2009



Hujung tahun ni aku berpeluang mengikuti kursus Pembestarian Sekolah di IPGM Kampus Miri, Sarawak selama sebulan bermula selepas cuti hari raya.Aku memang minat kalu kursus bab ICT @ komputer ni terutama sekali kursus khas menyelenggara komputer.Barulah komputer kat sekolah tu boleh dibaik pulih dengan kadar yang segera.Duit kerajaan pun selamat.

Pada keseluruhannya aku berpuas hati dengan kursus ni.Banyak jugalah input baru yang didedahkan khususnya pembelajaran berasaskan ICT dan berpusatkan murid.Internet memainkan peranan yang penting khasnya untuk pembelajaran masa kini & masa depan. Sekarang ini guru hanya menjadi pemudah cara bukan 'penyuap' maklumat semata-mata. Murid sendiri belajar berpandukan perancangan guru dan mencari maklumat untuk memperkayakan pengetahuan.Cara sebegini akan menjadikan sesuatu pembelajaran lebih bermakna.

Friday, October 16, 2009

Nasi Lelapan & Pusat Rekreasi Miri

Kali pertama Cikgu Muktar menyebut 'lelapan' aku 'blur' no idea apa benda lelapan itu.Kami tiba di Miri biasanya jam 8 pm @ lebih sikit.Ikut keadaan.2 minggu berturut-turut kami singgah di sebuah restoran yang katanya Cikgu Muktar memang laku.Di sinilah aku mula mengenali nasi lelapan.Nama pelik macam sedap tapi biasa saja.Mempunyai 8 jenis 'content':Sambal belacan,pucuk ubi,tauhu,taufu,lauk (boleh pilih) kobis,kacang panjang, mentimun.Harga RM 7 @ 8 untuk sepinggan.Yang paling suka belacannya lah.
Bila lihat kawasan rekreasi sebegini punya cantik,aku terus teringat kat anak-anak.Pasti mereka suka dengan tempat macam ni.Pasti seronok mereka mandi dan bermain.Along,angah,Fikri & Nasrun ketawa mengekeh-ngekeh.Berlari dan berkejar-kejaran , menyimbah-nyimbah air dan mandi bersama-sama.Apa lagi yang menggembirakan buat seorang bapa dan ibu apabila melihat keseronokan pada wajah anak-anaknya.Emm...dunia ibubapa sangat berbeza dengan dunia anak-anak.Jauh bezanya zaman aku kecil dengan zaman anakku sekarang.Cukup jauh.Mereka dilimpahi kesenangan.Beza dengan aku yang lahir dalam keluarga yang amat sederhana.Adik beradik ramai.Fuh...kehendak kami adik beradik dipenuhi seadanya,tapi abah & ma lah segalanya bagi ku.Aku bangga dengan mereka dan bangga dengan adik-beradik ku yang lain yang ikut berjaya dalam hidup.Pak su Piz mungkin masih dalam proses mengenal dunia kehidupan sebenar.Moga Pak su piz tidak terlewat untuk mengenal antara permata dan kaca.

Thursday, October 15, 2009

Catatan Hari ke 18 di IPGM


Hari ini syiok sebab berjaya mencapai matlamat mendapatkan buku & majalah yang sekian lama diidamkan.Budgetku RM 100 cun-cun ngam.

Majalah Solusi terbitan Telaga Biru,Buku Rindu Bau Pohon Tin & Aku Terima Nikahnya oleh Ust Hasrizal Ab Jamil,Buku Membina Cinta Sayang oleh Dr HM Tuah

Alhamdulillah 2,3 tahun kebelakangan ini aku berjaya merealisasikan tabiat membeli dan membaca buku sehingga mampu memiliki mini perpustakaan.Apalagi apabila ku lihat anak-anak ku semakin membesar dan aku mau mereka mencontohi sesuatu yang baik seperti membaca.Aku selalu ingat dan hadam pesan Dr Fadzilah Kamsah:"Jangan takut kalau anak kita tak dengar cakap kita,tapi takutilah perhatian mereka terhadap apa yang kita lakukan sehari-hari".Kadang-kadang aku sengaja membaca didepan anak-anak supaya mereka nampak dan ikut.Percayalah tak lama kemudian mereka akan cari-cari buku terutama sekali Fikri & Nasrun.

Banyak faktor yang mendorong aku 'mesra' dengan buku.Siapa tak kenal dengan bekas Mufti Perlis,Dr Asri Zainul Abidin yang gemar mencetuskan isu-isu 'kontroversi'.Ah..ini persepsi.Lain orang lain persepsinya.Kontroversi menyebabkan aku mencari input dan kebenaran.Oleh kerana tiada mursyid di sini maka buku lah mursyidku termasuk internet yang sahih sumbernya.

Pengalaman hidup dan berada dalam masyarakat sebaik masyarakat Kg Ulu Merapok yang ku perasan semakin meminati ilmu agama 'memaksa' aku mendalami ilmu.Persoalan agama boleh datang daripada pelbagai sudut tanpa mengira masa dan tempat. Makanya tiap kali kuliah di Kota Kinabalu biasanya pensyarah akan 'terkial-kial' mengupas isu yang ku lontarkan.Tapi aku suka natijahnya.Bertanya,bersoal jawab,berbincang lalu membuat rumusan.Ku bawa balik dan sebarkan kepada masyarakat Ulu Merapok.

Satu lagi yang memainkan peranan besar 'keminatan'ku pada buku ialah blog.Sejak aku kenal blog maka ramailah blogger yang ku kenal.Mereka ini banyak mempengaruhi ku dengan budaya keilmuan.Saiful.com, Zaharuddin.com, Darul Fuqaha.com, Zahazan.com dan banyak lagi terutamanya koleksi link kat TKO.com.Aku cukup bangga dan kagum dengan tahap keilmuan mereka ni.Lebih kagum lagi apabila melihat mereka sangat aktif menyumbang terhadap pembudayaan ilmu dan pengamalan beragama di kalangan masyarakat.

Emm....anak-anak ma & abah,pasakkan azam untuk terus belajar,tidak semestinya secara formal tapi tidak formal sekalipun.Kalu betul-betul rajin lagi ambil diploma di mana-mana IPTA khusus diploma berkaitan Islam.TQ

Friday, October 9, 2009

Catatan Minggu ke 3



Hari Khamis sudah terima gaji.Awal & sangat awal.Agak merbahaya bagi mereka yang kurang cermat berbelanja.Silap-silap poket boleh kering sebelum gaji bulan 11.Inilah gaya hidup mereka yang makan gaji.Terima,bayar segala hutang-hutang,belanja itu ini dan baki yang ada barulah berjimat cermat.Nak kata hidup mewah tak lah juga tapi boleh hidup dengan selesa lah.Orang kata,bukan saya kata,bisness lebih baik daripada makan gaji, mungkin betul mungkin tidak,sebab makan gaji ada banyak macam begitu jua bisness,kalau nak tau kita buatlah experimen.

Kelmarin selepas menyelesaikan pembayaran insuran dan roadtax kereta aku mengambil peluang bersiar-siar di pasaraya setelah dipelawa oleh kawan-kawan sekursus.
Emm...duit tengah ada ni...tengok mini laptop yang comel ingat nak 'angkat' satu untuk isteri tapi aku tangguh lagi...takut bajet lari,jumpa plak kedai jam yang lawa dan murah.Jam polo bah...50% n 70%..tapi aku tangguh lagi...pujuk-pujuk hati jangan beli dulu.Alang-alang beli cari yang tip top terus.Singgah lagi kedai buku...aa ini ok.Banyak sangat bukunya..mata ku terus melilau mencari sudut agama dan motivasi.Wah banyak sekali buku-buku karangan penulis kegemaranku seperti ust Hasrizal,Ust Zahazan,Ust Zaharudin,Dr Zulkifli Al Bakry,Dr Danial,Dr H.M Tuah,Dr Fadzilah Kamsah, Dr Haron Din,juga Tuan Guru kesayanganku.Aku berkira-kira untuk membelanjakan RM 100 bagi menambah koleksi mini perpustakaan ku. Insyalah minggu depan baru beli.

Malam baru balik IPGM,lepas buat rutin biasa aku kemaskan barang-barang sebab esok Jumaat,balik Lawas jumpa anak bini.Rindu pada mereka sebab aku jarang berpisah dengan mereka,apatah lagi apabila mengenangkan telatah dan gelagat anak-anak yang sedang membesar.Aku juga target untuk bawa mereka jalan-jalan hujung minggu ni.Fikri demam dan muntah menurut uminya.Kesian.Angah pulak bengkak gusi,mungkin nak salin gigi,tapi dah agak ok.Harapan ku on the way balik Lawas satu saja,agar jalan tidak jem.Kabulkan harapan hamba Mu yang lemah ini ya Allah.Amiin.

Tuesday, October 6, 2009

PETUA IMAM SYAFIE:

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR :

1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yg banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Cerita Tandas


Pagi ni seperti biasa bangun dan bergegas ke surau.Sana lah tempat yang paling aman untuk aku menunaikan hajat-hajat.Dari jauh kedengaran tazkirah.Emm....bagus nih.Aku terus ke tandas dan bila menjejakkan kaki ke dalamnya...tu dia...kelihatan kesan kotoran tapak kaki pengguna tandas sebelumnya.Heh apa susah sangat ke nak basuh kesan kotoran tu,diri sendiri jua yang membuatnya...buka paip siram je,apa punya pemikiran la orang macam ni.Sudah lah guna tandas free tak mau pun guna elok-elok.Ni lah perangai buruk umat Islam yang susah untuk dikikis.Memang ku perhatikan umat Islam banyak yang gagal menjaga kebersihan dan kebajikan tandas.Mereka cincai saja,dan aku cukup yakin bahawa orang yang gagal jaga kebersihan tandas masjid atau awam nescaya tandas dirumahnya lagi teruk.Padan muka.

Cubalah kita pergi mana-mana masjid atau surau di Malaysia ni dan kita dapat melihat dengan 'jayanya' kegagalan umat Islam menjaga kebajikan tandas.Tandas masjid kotor, berbau,menjijikkan dan sangat tidak selesa.Puncanya anda tahu.Mungkin ada lah sebuah dua masjid yang mempunyai tandas yang baik dan cemerlang.Pada ku tandas ini adalah satu premis penting kerana disanalah tempat kita ni menunaikan hajat sebelum bersuci dan mengadap Allah Taala.Kadang-kadang aku kasihan kat AJK masjid,mereka bersemangat menguruskan masjid dengan berbantukan kewangan yang bukan sedikit,tapi mereka 'gagal' untuk mengurus tandas masjid.Sepatutnya mereka mempunyai perancangan rapi dan plan tindakan strategik mewujudkan tandas 5 bintang.Ini adalah imej.Imej umat Islam yang sangat peka dengan kebersihan.

Menyokong cerita 'keterukan'tandas puak-puak kita ni ialah tulisan dalam blog Kadirjasin.blogspot.com."Di Malaysia, tandas bayar pun ada yang sama kotor dan sama busuk dengan tandas angkut tahun 1950an. Dalam hal tandas awam ni, kita betul-betul bermentaliti dan berkualiti Dunia Ketiga.Ramai orang kita nak guna tandas pun tak tahu. Yang lain tak bersikap sivik. Orang guna tandas dulu baru pam. Kita pam dulu baru guna".


Penceramah agama, Ahmad Shukri Yusof, berkata hadis Nabi Muhammad s.a.w mengenai kebersihan sebahagian daripada iman memberikan satu gambaran jelas terhadap aspek terbabit. Menurutnya, keimanan memang dinilai dari aspek kebersihan, sama ada kebersihan dalaman (hati) dan luaran. “Tetapi, sekarang ini yang berlaku agak menyedihkan, termasuk di kalangan masyarakat kita masih di takuk lama, tidak memelihara kebersihan. “Orang kita hanya mementingkan diri sendiri, manakala orang lain dibuat tidak kisah.

Ok kepada anak-anak abah sekalian,marilah kita semua menerajui perubahan dengan mendahulukan perubahan dengan diri sendiri khusus dalam hal kebersihan tandas dan yang lain secara umumnya.

Sunday, October 4, 2009

Catatan Perjalanan Minggu 2 Kursus



Hari ni aku bersiap awal.Masa yang ada aku buat yang patut termasuk kupas 2 biji kelapa sebab biniku kan masak sayur lemak.Aku memang suka dengan sayur lemak,tapi tak sempat makan lah.Sarapan dengan nasi goreng dan air teh susu.Biniku tolong kemaskan keperluan kursus.Fikri sibuk bertanya dan merengek ingin ikut.Aku jelaskan dengan lembut dan dia boleh menerimanya tapi dipintanya pula mainan.Insyalah aku akan belikan yang simple saja.Angah dan along sedang buat 'homework' setelah diminta oleh biniku.Nasrun pula dengan dunia dia ke sana ke mari mencari 'kerja'.Dia ni ada saje kerjanya tapi aku seronok melihatnya membesar depan mata.

Jam 0920 am aku jalan sebab janji ceramah di JAIS jam 10.30 am.Lepas ceramah,sambil makan aku ambil peluang bersembang dengan Ust Shahrol(pem. hal ehwal Islam) dan Ust Islah (pegawai hal ehwal Islam).Banyak cerita yang kami kongsikan tambah2 lagi Ust Islah akan bertukar ke Sri Aman.Beliau seorang sahabat yang baik dan sangat komited dengan tugasnya.Antara program terakhir yang sempat aku dan beliau bersama ialah program ziarah 7 buah masjid/surau di daerah Lawas sempena Ramadhan.Ku katakan padanya bahawa beliau telah menjadi reformis dan pengubah persepsi masyarakat terhadap peranan JAIS,begitu juga dengan peranan masjid dan AJK-AJK yang turut terkena tempias perubahan hasil usaha gigih beliau.Insyallah ini adalah satu penanda aras dan permulaan yang positif untuk bumi Lawas menuju kepada penghayatan beragama.

Jam 2.10 pm,C.Jani call dan datang ambil ku di JAIS.Singgah kami untuk mengambil C.Sofiah dan C Muktar seterusnya memulai perjalanan ke Miri.Alhamdulillah hanya berbaris 30 minit di jeti feri Trusan.Perjalanan sangat lancar.Jam 0955 pm kami cun-cun sampai di pintu masuk IPGM.Badan rasa letih lesu tapi hati ini kuat ingin ber'tenet'.Emm Cik Yah paling awal update mesejnya.Sempat ku jengok-jenguk blog-blog alternatif untuk mengetahui perkembangan semasa khususnya Bagan Pinang.Jam dah 1124 pm dan mataku semakin berat.Jumpa lagi....

Friday, October 2, 2009

Cerita Pasal Ketentuan


Jodoh,ajal maut,rezeki,syurga neraka adalah antara perkara-perkara yang telah ditentukan ole Allah Taala.Memang Allah dah tentukan tapi Allah sembunyikan ia daripada pengetahuan kita,agar kita sentiasa berusaha dan optimis.Kita ada qudrat dan akal fikiran juga dalam masa yang sama Allah kurniakan 2 jalan kepada kita iaitu jalan baik dan jalan jahat.Jalan baik dengan kita menuruti 'pekeliling' yang Allah gazetkan dan jalan jahat iaitu kita enggan mematuhi 'pekeliling' Allah.Allah dengan segala kemurahan mengutuskan seorang 'mahaguru' yang mentafsir 'pekeliling' supaya menepati maksud dan matlamat.Sekarang kesemuanya berada ditangan kita,usaha ditangan kita,tepuk dada tanya selera,jalan yang manakah yang ingin kita tempuhi dan ciri-ciri teman hidup yang bagaimanakah yang ingin dimilki.

Buat tatapan Din,berusahalah dan bertawakal lah dalam apa jua kerja buat,andainya sesuatu itu tidak dapat dimiliki ketahuilah bahawa ianya adalah ketentuan Ilahi. Pasti ada hikmah.Pasti Allah mengingini sesuatu yang lain yang lebih baik dan sesuai dengan Din.Bukankah Allah itu Maha Mengetahui?

Cerita ini dinoktahkan dengan satu Hadis mulia.Moga ada kebaikannya.Abu Hurairah r.a meriwayatkan dari Rasulullah saw bahawa Baginda bersabda:

"Seseorang wanita dinikahi atas 4 perkara kerana hartanya,nasabnya,kecantikannya dan agamanya.Maka pilihlah agamanya kerana ia akan menjaga dirimu."
(Sahih Bukhari)

Thursday, October 1, 2009

Catatan Di Asrama IPG Miri

Salam semua..

Hari ini masuk hari ke empat aku diam di asrama IPGM.Belum sekali pun aku mandi kat bilik mandinya begitu juga 'melabur'.Tak sanggup aku menggunakan tandasnya...Hanya Tuhan saja yang tahu betapa ngeri & dahsyat tandas tersebut.Aku terpaksa berulang alik ke surau je untuk urusan tandas.Tapi bagus jugak dapat aku berjemaah dengan beberapa kerat guru pelatih yang komited dengan surau.Syabas pada mereka.Macamana pula dengan bilik asrama.Puh..first time masuk,penuh dengan habuk,sampah boleh tahan,tak de cadar,bantal penuh dengan peta dan rasenya tak sanggup nak tidur kat situ.Heh.......

Kadang-kadang aku rasa sangat tidak adil.Seorang pegawai kerajaan yang dah senior macam aku ni berkursus dengan prasana yang cukup minima.Maknanya tak selesa lah. Kalau aku tau prasarana sebegini rupa nescaya aku tak kan mai.Tapi aku pujuk2 hati ini supaya bersabar demi sekelumit ilmu yang berfaedah guna mendidik anak bangsa.

Malam ni mesej jap kat anak isteri nun jauh di Lawas.Mau 5 / 6 jam drive dari Lawas ke Miri..Jauh.Tanya kesihatan depa,makan minum dan sedikit sebanyak aktiviti depa sepanjang aku di Miri.Insyalah esok balik Lawas jap dan hari Ahad datang lagi.Kebetulan hari ahad,Jabatan Agama Islam Lawas jemput aku ceramah untuk slot Kursus Pra Perkahwinan jam 10.30 am.Lepas ceramah jam 1200 insyalah aku akan mengembara lagi ke Miri.Doa ku moga jalan ke Miri tidak jem.Amiiiin....