Sunday, December 19, 2010
CUTI2 - Santuari Gajah
Saturday, December 18, 2010
4 HARI 3 MALAM
Jam 3 p.m bertolak dari kedai Aboh Tok ke umah Cik La di Kuala Jenderis Kuala Berang Terengganu. Maka dari saat itu, bermulalah percutian 3 orang ank buah & Cik Yah. Singgah jap kat umah Cik Sity di Melor. Perjalanan disulami dengan hujan renyai2. Anak2 buah lena dibuai mimpi hingga ke Kuala Jenderis. Cadang nk stop makan jap tp kesion plok nak kejut mrk smua.. Jam 6 p.m sampai di Kuarters Guru SMK Kuala Jenderis & hujan semakin lebat. Malam tu dihabiskan dengan menonton TV & main game.
SELASA - 14 Disember 2010
Pagi tu pegi sekolah jap. Buat keje2 yang tidak siap2. He2.... Piki ikut skali tp along angoh tdk mboh ikut. Nak tengok TV kato nya. Petang tu lepas solat Asar gi ronda2 kat Kuala Berang jap. Masuk kdai bli bku colouring Spiderman & pas tu bli KFC utk dinner. Then, chau balik sbb dah nk masuk Maghrib dah pun. Ingat nak singgah tengok air sungai tapi dah lewat sangat. Esok lah plok.
RABU - 15 Disember 2010
Hari ni kena tunaikan janji dgn ank buah nak mandi kolam. Mana lah nak cari kolam kat ulu nih... Pagi prgi sekolah dulu jap. Jam 12 p.m bwak ank buah mandi sungai - Sungai Basong (sungai yang paling glamor & masyhur di kalangan ank muridku). He2..... Tapi air nya banyak, lagi deras. So mandi kat tepi2 je lah.....Ok lah tu yang penting dapat mandi. Jam 3 p.m janji dengan kawan nak ke Santuari Gajah. So kami konvoi 2 buah kereta. Huh!!! jalan nye, mencabar betoi beb!!! mcam nak ke Cmeron Highand je. Nasib baik tdk bnyak kereta so bleh bermaharajalela kat ats jalan tuh... 1 jam drive, akhir nya sampai jugak.
Orang belum ada yang datang..Puas bermain, bergambar deangan gajah, walaupun cuma ada 3 ekor gajah. Paling tua 'Suria' berumur 10 tahun, 'Suri' 4 tahun dan 'Talong' 1 tahun. Gajah yang jinak dan bijak. Mula2 masing2 takut nak sentuh & dekat2 dgn gajah...lama2 ok lah. Along angoh siap bagi gajah makan ubi 'stelo' lagi...Fikri dengan Auni tak mboh....tapi smua tidak mau naik gajah. Pujuk2 pung masih takut nak naik gajah..Then, balik singgah jap kat Tasik Kenyir main playground tepi tasik sambil makan bihun goreng Singapore ( Kak Pueh yang masak). Jam 7 bertolak balik ke rumah.
KHAMIS - 16 Disember 2010
Anak buah masih tidak puas hati tdk dapat mandi kolam. Asyik duk tuntut bilo nak prgi mandi kolam nih????? Ingat nak prgi Sekayu tapi malas lah plok. Pagi ni tngk TV, main game & main kat playground di belakang umah jer...lepas Zohor prgi sekolah jap. Along angoh Piki semua ikut. Tengok2 ikan kat kolam. Main2 kat bilik guru kejap, then balik umah. Nak jalan2 tp tdk ad kereta ( Cik Sity jago exam kat SMA Mahmudiah). So duk kat umah je lah ari ni.
JUMAAT - 17 Disember 2010
Ingat nak bertolak balik ke Klate jam 8 a.m tp ank2 buah lambat bangun plok. Jam 9 bru bertolak balik. Janji mesti di tunai kan so.... singgah jap kat Jeram Pasu utk mandi kolam. Puas ank2 buah mandi hingga terketar2...sejukkkkkkk. Hujan mula turun, so kami pun bersiap2 balik. Hantar Cik Sity kat Melor & kami pun meneruskan perjalanan ke Kubang Batang. Jam 12 p.m sampai kat umah.
Sekian sahaja catatan untuk kali ini, Terima Kasih.
* Catatan : Maaf tiada gambar, lupo bawak kemera. He2....
Friday, November 26, 2010
Konvo OUM Nov 2010
- Kedua orang tuaku yang tidak jemu-jemu berbudi & mendoakan kejayaan ku.
- Isteriku Sharifah Abas yang amat memahami & bertolak ansur dalam semua hal
- Anak-anakku yang baik & 'nakal'.
- Adik beradik yang menjadi sumber kekuatan & semangat ku
- Para tutor & pensyarah yang amat komited & membantu
Tuesday, November 16, 2010
Gembira Dalam Sayu
Semua murid dihimpunkan termasuk teman-teman guru.Nafasku mulai laju.Semakin laju apabila dijemput memberikan ucapan.Air mata akhirnya bercucuran bila saja mataku bertentang dengan sekalian mata murid-murid,melihat wajah bersih dan mulus mereka.Sepuluh tahun bersama,amat lama.Sepuluh tahun hanya di Ulu Merapok.Aku amat selesa di sana.Segalanya rasa sempurna tetapi saat perpisahan tetap berlaku.Sebak dan luluh barangkali seperti ledakan gunung berapi.
Dalam kesempatan yang ada aku melafazkan kemaafan bagi pihak seluruh kaum keluarga.Isteriku tidal sanggup untuk berkata-kata.Hanya linangan air mata sahaja menggambarkan sebuah kesedihan.Ku nyatakan jua bahawa kami sekeluarga amat terhutang budi kepada SK Ulu Merapok serta masyarakatnya.Semoga kita ketemu lagi.SKUM dekat dihati.Wasalam.
Monday, November 8, 2010
GB Yang Ku Hormati
Friday, November 5, 2010
Trip Lawas Kuching
Saturday, October 23, 2010
Catatan Family Day SK Ulu Merapok
Poring Hot Springs
- Ladang Sabah Tea
- Fish Massage (ikan Kelah)
- Poring Hot Water
- Pusat Membeli Belah sekitar KK.
Percutian kali ini amat bagus.Moga lain kali kita akan atur percutian yang lebih hebat.
Friday, October 15, 2010
HARI-HARI SEBELUM MATI
TANDA 100 HARI
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.
Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar .
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.
Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Monday, October 11, 2010
MY LOVING MOTHER
Hayati tulisan ini dan selami seikhlasnya, InsyaAllah airmata iman dan taqwa akan bercucuran tanpa kamu sedari...
Bila dahaga, yang susukan aku... mak
Bila lapar, yang suapkan aku... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku... mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut... mak
Bila bangun tidur, aku cari... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang... mak
Bila nak bermanja, aku dekati... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya... mak
Bila nakal, yang memarahi aku... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah... mak
Bila takut, yang tenangkan aku... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk... mak
Aku selalu teringatkan... mak
Bila sedih, aku mesti telefon... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu... mak
Bila bengang, aku suka luah pada... mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu... mak
Bila ada masalah, yang paling risau... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni... mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku... mak
Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam dan lauk pauk... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku... mak
Yang selalu nasihat aku... mak
Bila nak kahwin, orang pertama aku tunjuk dan rujuk... mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari... pasanganku
Bila sedih, aku cari... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada... pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada... mak
Bila bahagia, aku peluk erat... pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa... pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah... mak
Bila sambut valentine, aku bagi hadiah pada... pasanganku
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan... “Selamat Hari Ibu”
Selalu, aku ingat pasanganku
Selalu, mak ingat kat aku
Bila-bila, aku akan telefon... pasanganku
Entah bila, aku nak telefon... mak
Selalu, aku belikan hadiah untuk... pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk... emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja, bolehkah kau kirim wang untuk mak?
Mak bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya.
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya?
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya?
Berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibunya?
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya?
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya?
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya?
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya?
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:
- 1) Tolong pergi kedai : RM4.00
- 2) Tolong jaga adik : RM4..00
- 3) Tolong buang sampah : RM1.00
- 4) Tolong kemas bilik : RM2.00
- 5) Tolong siram bunga : RM3.00
- 6) Tolong sapu sampah : RM3.00
- Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
- 1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
- 2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
- 3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
- 4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
- 5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
- Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata:
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
Aduhai teman-teman yang masih memiliki ibu. Curahkanlah baktimu seikhlasnya pada dia yang bergelar ibu. Siapa kita tanpa ibu?