Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Tuesday, August 13, 2013

KEBAHAGIAAN MILIK KITA BERSAMA

Tips Kebahagiaan Anak dari Prof. Dr. Muhaya
    ====================================

    Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.
    Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah.
    Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2.
    Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa
    tip yang boleh kongsi bersama.

    1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah.
    Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya
    kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..",
    mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak
    yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga
    anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya,
    memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah
    untuk menjaganya.

    2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama
    anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini
    makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan
    Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

    3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita
    solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat
    Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia
    akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat
    sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu
    solat hajat untuknya.

    4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang
    menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia
    tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

    5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita
    tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil
    bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

    6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat
    melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak
    lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

    7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali
    ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku
    juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk
    Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita
    marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat
    macam dramapun boleh .

    8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat
    keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan
    Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan
    sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan
    kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

    9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi,
    hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang
    mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang
    cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

    10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak
    ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia
    faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya
    juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi
    ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada
    Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat
    kepada Allah selalu.

No comments: