Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Tuesday, August 13, 2013

ILMU KEIBUBAPAAN....MUST READ!

~TIPS IBU BAPA GENIUS~

    1. Jangan pukul anak dari lutut ke atas.

    2. Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan
    tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti
    anak jadi bertambah degil dan nakal dan ...tak boleh control.

    3. Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada
    kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

    Sabda Rasulullah SAW

    “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun.
    Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak
    apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat.
    Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah
    pukullah dia (sebagai pengajaran)”

    4. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama
    panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan
    merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik
    adalah digalakkan).

    5. Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak
    yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat
    daripada anak yang jarang dipeluk).

    6. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini
    akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan
    persekitaran).

    7. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah
    pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman
    untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

    8. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan
    sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak
    yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin
    mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

    9. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan
    keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak
    terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

    10. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan
    mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

    11. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda
    dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk
    bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

    12. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

    13. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan
    diri. Mereka akan menirunya.

    14. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut
    harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya
    murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2
    yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai
    orang lain).

    15. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali
    pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka
    lebih daripada sekali.

    16. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah
    tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu
    akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami
    isteri.

    17. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah
    begitu real dalam dunia mereka.

    18. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa
    yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan
    daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak.
    Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

    19. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat
    malam,

    20. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna.
    Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

    21. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak
    akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada
    keluarga.

    22. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala
    cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua
    puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah
    mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak
    mereka sendiri   

No comments: