Inilah wajah pemuda yang dibunuh dengan kejam dan terlalu amat kejam oleh polis Mesir sehingga tercetusnya gerakan menjatuhkan Si Kejam Hosni Mubarak,puncanya kerana pemuda ini mendedahkan kejahatan & penyalahgunaan kuasa polis Mesir.Gambar mayat pemuda berani ini amat memilukan + ngeri, boleh rujuk dalam blog Husam Musa.Jesteru beringatlah Sang Penguasa yang maha zalim bahawa apabila rakyat bersuara, nahaslah kamu.
Akhirnya.....diktator maha kejam merangkap 'FIRAUN' moden meletakkan jawatan.Kekuatan suara keramat rakyat tidak dapat dibendung sekalipun diktator itu menggunakan seluruh kekuatan jentera pentadbirannya.Semoga rakyat Mesir akan beroleh pemimpin baru yang tulus mulus (bukan Omar Suleiman) yang akan memacu Mesir menjadi negara yang diredhai. Tahniah dan syabas buat rakyat bumi ambiyak.
"MESIR: Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman mengumumkan bahawa Hosni Mubarak telah melepaskan jawatannya sebagai presiden negara itu dan menyerahkan kuasa pentadbiran negara kepada pihak tentera.Pengumuman yang dibuat oleh Omar itu disiarkan secara langsung dalam televisyen nasional lewat petang Jumaat (waktu Mesir).Sebelum itu, para penunjuk perasaan telah bersorak gembira di jalan-jalan raya dan di Medan Tahrir iaitu pusat berkumpulnya rakyat Mesir sebaik sahaja berita mengenai perletakkan jawatan Hosni diumumkan."
No comments:
Post a Comment