Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Thursday, October 15, 2009

Catatan Hari ke 18 di IPGM


Hari ini syiok sebab berjaya mencapai matlamat mendapatkan buku & majalah yang sekian lama diidamkan.Budgetku RM 100 cun-cun ngam.

Majalah Solusi terbitan Telaga Biru,Buku Rindu Bau Pohon Tin & Aku Terima Nikahnya oleh Ust Hasrizal Ab Jamil,Buku Membina Cinta Sayang oleh Dr HM Tuah

Alhamdulillah 2,3 tahun kebelakangan ini aku berjaya merealisasikan tabiat membeli dan membaca buku sehingga mampu memiliki mini perpustakaan.Apalagi apabila ku lihat anak-anak ku semakin membesar dan aku mau mereka mencontohi sesuatu yang baik seperti membaca.Aku selalu ingat dan hadam pesan Dr Fadzilah Kamsah:"Jangan takut kalau anak kita tak dengar cakap kita,tapi takutilah perhatian mereka terhadap apa yang kita lakukan sehari-hari".Kadang-kadang aku sengaja membaca didepan anak-anak supaya mereka nampak dan ikut.Percayalah tak lama kemudian mereka akan cari-cari buku terutama sekali Fikri & Nasrun.

Banyak faktor yang mendorong aku 'mesra' dengan buku.Siapa tak kenal dengan bekas Mufti Perlis,Dr Asri Zainul Abidin yang gemar mencetuskan isu-isu 'kontroversi'.Ah..ini persepsi.Lain orang lain persepsinya.Kontroversi menyebabkan aku mencari input dan kebenaran.Oleh kerana tiada mursyid di sini maka buku lah mursyidku termasuk internet yang sahih sumbernya.

Pengalaman hidup dan berada dalam masyarakat sebaik masyarakat Kg Ulu Merapok yang ku perasan semakin meminati ilmu agama 'memaksa' aku mendalami ilmu.Persoalan agama boleh datang daripada pelbagai sudut tanpa mengira masa dan tempat. Makanya tiap kali kuliah di Kota Kinabalu biasanya pensyarah akan 'terkial-kial' mengupas isu yang ku lontarkan.Tapi aku suka natijahnya.Bertanya,bersoal jawab,berbincang lalu membuat rumusan.Ku bawa balik dan sebarkan kepada masyarakat Ulu Merapok.

Satu lagi yang memainkan peranan besar 'keminatan'ku pada buku ialah blog.Sejak aku kenal blog maka ramailah blogger yang ku kenal.Mereka ini banyak mempengaruhi ku dengan budaya keilmuan.Saiful.com, Zaharuddin.com, Darul Fuqaha.com, Zahazan.com dan banyak lagi terutamanya koleksi link kat TKO.com.Aku cukup bangga dan kagum dengan tahap keilmuan mereka ni.Lebih kagum lagi apabila melihat mereka sangat aktif menyumbang terhadap pembudayaan ilmu dan pengamalan beragama di kalangan masyarakat.

Emm....anak-anak ma & abah,pasakkan azam untuk terus belajar,tidak semestinya secara formal tapi tidak formal sekalipun.Kalu betul-betul rajin lagi ambil diploma di mana-mana IPTA khusus diploma berkaitan Islam.TQ

1 comment:

Hj Awg Hamat & Hjh Rashidah said...

Kupasan yg amat menarik... sgt bersetuju. ILMU amat penting. Banyakkan membaca, memang xrugi