Saturday, March 27, 2010
Tuesday, March 23, 2010
TEKA-TEKI
Minggu lepas saya g forum pasal "Yakjuj & Makjuj" dan "Alexander adalah Zulkarnain".Panjang sangat ceramahnya.....x bley r nk cite sume,malas nk menaip.=)hihi....juz nk bgtau yang last ceramah je..lpas abih ceramah 2 pak Wisnu(penceramah & penulis buku tuh..mai dri Indonesia) tnye r soklan:1 tuk bdak laki n 1 tuk dak pompuan.Utk bdak laki senang r bcoz psal cite 2 gak tp,tuk dak pompuan dye bg "out of topic"...sume tercengang2,x tau nk jawab pe.
Pak Wisnu tnye "Binatang apa yang lahir tanpa ibu bapa/persenyawaan?"
so,,,,,agak2 la apa jawapannya??ada la yang berani jawab...ayam,lebah dll.tp,sume salah.Ok,jawapannya adalah:
1)Ular daripada tongkat Nabi Musa
2)Kambing yang digantikan dengan Nabi Ismail semasa penyembelihan
3)Unta yang di keluarkan dari celah batu(Nabi Saleh)
4)Burung daripada tanah(zaman Nabi Isa)
Labels:
agama
Saturday, March 20, 2010
Basikal Baru & Kenduri Kawin
aa...ni la basikal baru kami..BMX lagi...Abi cakap basikal ni kena kongsi-kongsi...tak de hak milik kekal.Basikal lama ada satu lagi tapi lum baiki...Abi kata tunggu ada duit baru baiki...he..he
Ni plak kami ke majlis kenduri...naik bot..syiok bebudak nie...majlis kawin meriah dan makanannya amat menyelerakan...TQ pada tuan rumah dan wakilnya yang jemput kami.
SKUM & Buah Tampoi Belimbing
Ulu-ulu sk ulu merapok pun boleh tahan hebatnya...Juara pertandingan bola jaring peringkat daerah lawas beb...tak ke 'ganas' tuh...heh aku memang bangga tul...biar sekolah lain bukak mata skit...tengok bebudak aku nih senyum habis dengan pingat emas masing-masing.
aaa...ni satu buah pelik yg lum pernah aku makan...buah tampoi belimbing.buah di dalam sebiji macam buah rambai dan rasa pun macam rambai.sedap jugak lah.
Thursday, March 18, 2010
Kami Picnic Lagi
Along angah & Fikri asyik tuntut nak piknik...kebetulan ada member bagitau port yg terbagus utk standard Spitang so 17.03.2010 jam 330 pm kami ke sana.Cuaca ok dan berangin.Bakar ayam & hot chicken.Mandi hampir sejam pastu tak tahan sejuk.Kemas barang & jam 6.20 pm kami pun balik.Tengah jalan berlaku kebakaran hutan...ngeri jua tengok api yang agak ganas.
Monday, March 8, 2010
Ceramah di Surau Kg Masjid Baru
Membincangkan tajuk matlamat & tujuan pengutusan Nabi saw bukan sekadar merayakan kelahirannya semata-mata.Along angah pun aku bawa sama agar mereka boleh memahami asas hidup bermasyarakat dan kepentingan menyeru risalah nubuwah.
Audiens macam biasa dan selamanya terdiri daripada golongan 'veteren' & "pencen'.Yang muda lebih suka dikedai kopi dan mengawal pondok-pondok bas yang berdekatan.
Pengerusi surau merangkap teman se'team' bersama-sama merancang & melaksana usaha memakmurkan rumah-rumah Allah zon Merapok.Moga usaha kita semua dirahmati.
Ceramah di SMK Merapok
Menerima cenderahati drpd PK I SMK Merapok
25 Feb 2010 jam 8.00 am.Bersiap sedia untuk present ceramah.
Antara pelajar dan guru SMK Merapok yang kelihatan teruja untuk mendengar present aku yang tak seberapa ilmunya ini.Tapi atas dasar "BALLIGHU A'NI WALAU AYAH" aku gagahi jua,menyahut amanah yang berat ini.
Respon para audiens amat menggalakkan di mana audiens tidak ketinggalan 'keretapi' semasa presentation disampaikan.Paparan LCD sangat membantu aku.1 jam setengah terasa sekejap saja.TQ SMK Merapok.